Mati Hanya Sekali! Bukan Dua Kali, Maupun LapanPloh Kali

hari ahad. lepas hantar yaya & mama gi umah kaklong, aku dengan encik z terus zass ke 101 mall puchong.
niat hatinya nak jalan-jalan cuci mata lalu berdinner sajork.
tapi masuk dari parking tu, terus nampak panggung wayang.
terus ajak encik z nonton filem V3-samseng jalanan.

nak nonton sangat of coz ler sebab farid kamil yang kacak hensem bergaya lalu mempersona setiap mata yang memandangnya.

tapi ai kecewa dengan u la farid. kenapa cerita u tak best? huhu..
aku rasa filem ni cam takde connection dengan satu babak ke satu babak yang seterusnya. wah.. macam la aku pernah jadi pengarah filem kan..

dah la awal-awal lagi dah disajikan dengan scene meraba dalam panggung wayang.
walaupun memang ko tak nampak diorang tengah meraba, tapi ishhh… memang tau laaa 4 couple tu tengah meraba-raba. dengan muka muka stim nyer.
eieieiei gross tau. (macam la ko tak meraba kan normaya mukhtar)

pastu waktu diorang merempit nak balik, salah satu couple tu sudah eksiden.
kena lenyek trailer. hancur berderai berkecai uolls.
cer ko bayangkan, ko baru balik raba-raba tetek, raba-raba pepek, pastu mati katak.
masuk neraka. mak!!! takottt… (takot-takot tapi aku tak insaf gak. cena?)

dari alor setar, servis bertukar tangan. terus ke KL.
katanya rudy (watak farid kamil), gi KL sebab nak insaf bagai.
namo dah rempit-rempit segala nie.
tapi ujung-ujung ko mintak orang sponsor sebab ko nak masuk racing.
apa cerita bro? insaf hangat-hangat tahi ayam ka?

rupanya orang yang kata nak sponsor tu sudah kinching sama rudy.
bila rudy kalah, itu sponsor yang bernama garing (lakonan aqasha yang kacak blink blink mata ku) udah tuntut 15ribu tak silap aku.

tetiba rudy berkenalan dengan lisa (intan ladyana)yang berjawatan akauntan.
tapi mempunyai business card yang berwarna pink bunga-bunga.
lepas tu garing kidnap lisa sebab nak cabar rudy racing motor lagi.
aku tak paham laaaa kenapa yang si garing beria marahh nauu kat rudy tu.
rudy kacau telur ko ke garing oii?? tak pehe tak pehe..

selalu pun dalam filem aksi cenggini, mesti ada je sesi nak balas dendam segala.
napa la ko tak report polis je? kan senang. terus penjahat tu semua kena cekup.
tak payah sesusah ko kena bedal segala.
(kalau report polis, takde la jadi filem V3-samseng jalanan normaya oiii)

tajuk samseng jalanan ni pun aku rasa tak sesuai la.
sebab samseng jalanan nie bukan cam merujuk pada pembuli jalanraya ke?
atau peragut ke. tapi sik ada la pulak scene ragut ragut bagai.
diorang nie berlumba motor je. pastu jadi ahlong.

lagi satu watak si lisa surihani. kamsah ke namanya tak silap.
tak sesuweyy ok. selalu kita tengok dia cam watak soft soft memanja gitu kan.
nie tetiba watak kasar samseng, iskk cam tak kena ah.
ok fine la dia nak cuba watak baru yang lebih mencabar.
nak buktikan pelakon serba boleh. tapi….erghhhh… mak tak kenan arh!
pastu tak de suara pun. asyik cam ugh egh ugh egh bila marah or tendang orang.
tak sesuwey, tak sesuwey..

banyak nya aku komplen.  i’m sorry farid kamil. sila jangan saman saya. heh.

kesimpulannya, aku rasa farid kamil lebih sesuai berlakon je dari jadi pengarah.
ataupun mungkin boleh cuba lagi mengarah filem lain di masa depan.
walau bagaimanapun 2 bintang dari 5 bintang.
satu bintang untuk kekacakan farid kamil dan satu lagi bintang untuk ketampanan aqasha.

sekian, dari saya pengulas filem amatur.

10 thoughts on “Mati Hanya Sekali! Bukan Dua Kali, Maupun LapanPloh Kali

  1. nasib saya lom tengok kak. teringin jugak nak tengok movie yang raba2 dalam panggung ni. haih. filem omputih jarang ada citer canie. time nilah nak sapot filem tempatan yetak. walaupun kedaung citernye.

    sekian.
    .-= ryn´s last blog ..Percubaan Ryan Untuk Berubah =-.

  2. dah ilang beshnya citer nih sbb dengonya dah kene potong 40% dari jln citer asal. Sebab tuh pilem nih perap berjanggut bru diluluskan untuk tayangan. Bab lisa surihani tuh rasa sesuai jd mak pacak jerr..juz buat muka garang..isap rokok..solekan ala2 gangster..dialog kureng ado..ai pun tk setuju bonar watak dia jadik camtuh..tak ‘masuk muka’ betui! biasa ler dimana ada FK disitu terselit LS..sedikit byk dalam pilem2 MIG mesti nk ada dua org nie..tak gitu.. 😉
    .-= Nur´s last blog ..Mia vs Mail… =-.

Comments are closed.