Mata Adalah Terpaku Menyaksikan Jejaka-Jejaka Hot BerDRIFT

Perlumbaan kehidupan Zack dan Sham masih belum berakhir. Zack bukan lagi pelumba haram seperti dulu. Kini dia seorang “Drifter” profesional.

Dalam pada itu selepas kemalangan yang di alami, Sham bukan lagi drifter kerana kakinya tempang dan berjalan dengan bantuan tongkat. Peristiwa lampau dan keadaan dirinya yang cacat menghantui diri Sham.

Dalam kekalutan ini muncul seorang wanita bername Aleeya yang juga seorang drifter profesional. Aleeya mencemburui kehebatan Zack di litar lumba.

Joe yang terlepas dari kemalangan maut masih lagi menaruh dendam keatas Zack. Wajahnya yang berparut menguatkan lagi keazamannya untuk menghapuskan Zack dan orang-orangnya.

Ery sebagai orang kanan Joe juga menaruh dendam pada Zack kerana kawan baiknya Karl dipenjarakan. Selain dari memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di KL.

Inspektor Kamal mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh Joe.

Bagaimanakah kesudahan perlumbaan pada litar kehidupan mereka kali ini?

Adakah mereka mampu mencecah garisan penamat tanpa sebarang komplikasi?

Sama-sama kita saksikan!

Sinposis kredit to http://evolusikldrift2.com

jumaat lepas aku gi nonton ini filem.  cam biasa kat mbo galaxy ampang.
memula kan, memang niat dalam hati nak ajak encik z gi nonton.
tapi tak sempat aku bersuara, dia dah ajak dulu.
so menjimat la duit aku di situ.
sebab kitorang punya pesyen, siapa yang ajak. dia kena belanja. huahuahua.

filem ini adalah super duper best.
much much much better dari filem V3 samseng jalanan tuh. heh.

kalau korang nak lebih paham jalan cerita, better nonton evolusi kl drift yang pertama dulu. beli la dvd. pastu baru gi nonton yang ke dua nie.
jalan cerita takde la lari banyak.
kalau kau taknak nonton yang pertama pun takpe, insyaAllah ko paham jalan ceritanya.

tajuk filem pun ada drift kan. haruslah banyak scene mengdrift.
paling hot hot haruslah aaron aziz. ini barulah betul samseng uolls.
badan sasa ketul-ketul.. cara dia menembak pun cam aww awww… i rela ditembak oleh u. tembak la tembak laaaa.. :p

shaheizy sam pun ada. dia ni memang la pelakon serba boleh.
berlakon kelakar boleh, sedih boleh, jahat boleh.
walaupun dia slang cina dalam ini filem, tapi takde la pun nampak kekok ke.

pehtu farid kamil. tatap hot seperti biasa. cuma mak rimas tengok rambut dia la.
cam serabai tak terurus gitu. taktau la kot watak tu memang nak rambut cenggitu ke kan. layann…

shamsul yusoff pun aku suka oh. suara dia macho okk..
pastu ada satu scene ala-ala scene filem sembilu.
between scha & shamsul. romantik tak berapa nak romantik.
gamat panggung gelak. hikss..

pastu remy ishak jadi polis. dengan zul ariffin.
dialog tak boleh lari dari gerak khas & roda-roda kotaraya.
‘saspek dipercayai telah dibunuh secara kejamnya oleh kuncu-kuncu joe’

tapi secara keseluruhan, aku bagi 4 setengah bintang out of 5 bintang.
selain pelakon yang hot, juga kepada jalan cerita.
pun jua kepada aksi kereta meletup bom bom kababom, aksi lompat dan aksi tembak menembak.
pendek katanya, memang terbaik ah.

kudos to shamsul & production evolusi kl drift 2!

4 thoughts on “Mata Adalah Terpaku Menyaksikan Jejaka-Jejaka Hot BerDRIFT

  1. salam, maya..nak minta tolong ni..macam mana nak set password utk entry kat blog? tqvm…

Comments are closed.