Mango Chili Simply Thai

dari banting kami terus shoot ke ikea sana.
kali nie memang dah tekad, apa nak jadi pun jadi lah.
tatapp jugak kena beli satu tempat khas untuk letak pinggan mangkuk.
tapi yang simple je la pun guna voucher ikea yang officemate encik z bagi.

ok dah selesai semua, kami ke wangsa walk mall pulak.
oh yer, kat sini bowling dah bukak. karaoke pun dah.
cuma wayang je belum.
sok bila dah bukak, lagi meriah uolls la nampaknya.

lepas jalan-jalan, harus merasa lapar.
encik z request mau makan kat NZ sana.
aku cam alaaaaaaa… namo la mamak.
pastu dia tanya habih nak makan apa?

terus aku tunjuk restoran di bawah. ngeh ngeh..

DSCN0274

terus encik z buat muka pelik-pelik.
tapi lepas aku kata aku nak belanja, lajuuuuuuu je ko kannn…
heh.

first time ni aku masuk sini. makanan sumer adalah berunsurkan makanan thai la of coz. so belek menu. pilih pilih.

DSCN0262

DSCN0263

akhirnya kami 2 amik set combo.
ada nasi, kerabu mangga dan satu pilihan lauk lain.
encik z amik ayam goreng. (gi restoran thai makan ayam goreng. apakah..??)
aku lak amik green curry.
air soya bean untuk encik z dan aku pilih mango tango.
mango tango nie tak pekat sangat la. ada cam campuran soda.
cam so so laa…

DSCN0268

DSCN0270

DSCN0269

dan sebagai pencuci mulut, aku up mango rice nih.
nak kata sedap sangat tak, nak kata tak sedap pun tak.
kira boleh la jugak lalu kat tembolok aku yang membesar nie.

DSCN0272

pasni kalau rasa-rasa mengidam nak makan masakan thai yang harga berpatutan, boleh la terjah sini.
aterrr restoran thai besar-besar tu, harga makanannya kemain mencengkam oh…

8 thoughts on “Mango Chili Simply Thai

Comments are closed.