Mana Ada Kawan Yang Tak Bergaduh. Walau Baik Macam Mana Pun, Pasti Ada Salah Faham

eh eh. aku takde entry ek hari nie?
mana nak entry nya. dah malam tadi kena kerja keras.
keletihan lalu tak larat nak mengadap lappy. apa laga nak buat autopublish.

kerja keras mengapalah. bukan kerja keras sebab malam jumaat yo.
ini kerja keras kena mop rumah.
kan malam tadi hujan lebat terlampau melampau.
ribut taufan segala kan.
air masuk dalam rumah uolls. basah dalam bilik yaya dengan kat depan.

cer bayangkan, punyalah kuat angin ribut.
suku dari karpet kat depan basah. cena?
dah la langsir aku warna pink, siap turun kaler pulak.
so lantai pun berbasahan campur warna pink sekalik. adoiyaiii…

so berkerjasama la kami laki bini mop bilik dengan kat depan.
lepas mop, lelepak kat depan.
sambil menonton drama sanggar cinta raudhah.
sapa nonton cerita nie? aida radzwill dengan azizan nin berlakon.
best tau….
dah la azizan nin nie romantika d’ amor. awwww..

nak cerita sinopsis kat korang, tapi terasa malas.
drama nie setiap hari khamis pukul 8.30 malam TV2.

teringat dialog aida radzwill dalam episod lepas..

Mana ada kawan yang tak bergaduh.

Walau baik macam mana pun, pasti akan ada salah faham.

apa plan korang hujung minggu nie?
aku insyaAllah nakΒ  ke genting highlands.Β  πŸ™‚

12 thoughts on “Mana Ada Kawan Yang Tak Bergaduh. Walau Baik Macam Mana Pun, Pasti Ada Salah Faham

    • dulu aku yg jahat wey. takde hati perut, pentingkan diri sendiri.
      thanks sbb maafkan aku dan terima aku semula. sob sob sob..

      insyaAllah, persahabatan kita sampai ke hujung nyawa. sayang ko sangat sangat

  1. yang penting mcm mana kita menangani salah faham tu. Kalau masing-masing ego tahap langit ketujuh sampai sudah tak akan selesai..

Comments are closed.