Makan Nasi Beriani Gam Bersama Kambing Kampung

ini cerita minggu lepas.
aku ajak sham & naza keluar lunch jejauh sikit hari khamis hari tu.
aterrr.. JM kan outstation ke london sana. so kaki jadi panjanggggg banyakk.
sham memula kata takleh. dia nak gi serdang ada urusan bank.
tapi aku nakk gak menyibuk nak ikut.
pastu paksa paksa gak naza ikut sama.
ujung-ujung, dengan remember, hasinah, kak as terjebak sama.
heeee… sukerrr lah.


: : sham yang pening melayan kerenah kami : :
: : kak as yang ala-ala mak tiri. garangg oooo tapi adalah baik hati 🙂 : :

dan kami yang tergedik-gedik.

best ooo kalau dapat officemate yang sekepala sehati sejiwa.
salah satu sebab enjoy nya bekerja selain boss, dah tentu-tentu rakan sekerja.
kalau gaji ko melimpah ruah pun, tapi nan hadooo orang kat office yang nak berkawan dengan ko, lelama mesti ko meroyan gak.
tapi aku tau, ada je orang yang tak kisah ada kawan ke tak.
katanya friends come and go.
takpe la… lain padang lain belalang, lain orang lain ragam. ye dok?

dah lepas segala urusan sham, kami gi makan nasi beriani gam.
aku tak taktau lokasi sebenar tempat nie, tapi tak silap dedekat uniten kot.
ke jalan putrajaya sana. correct me if i’m wrong.
boleh aku lupa nama nya adalah nasi beriani gam.
aku dok panggil nasi yang tanam-tanam tu. kesian.

nasi beriani gam kambing. kambing kampung kata abang penjual tu.
semua ketakutan nak makan sebab takut darah tinggi lah. pening lah.
sakit kepala lah.
aku jugak yang mendegil. nak jugakkkk makan kambing.
ala, kalau nak darah tinggi pening semua tu, bukan semata-mata makan kambing je uolls.

rasanya? of coz la setappp… burppp..
tapi lepas makan, terus mata jadi beratttt..

ok dah tu jer. (taktau nak the end kan entry ni macam mana)

4 thoughts on “Makan Nasi Beriani Gam Bersama Kambing Kampung

  1. uish bergam-gam lagi kan,
    hihihi,
    mcm wanie mmg x blh nak mkn daging kambing,
    mmg akn pening sampai tahap gaban lah,
    hurm….

    darah tinggi woo…

    bestkan kalau dpt kawan yg mcm nie,
    blh masuk kepala,
    skg nie byk sgt yg jenis dpn baik mcm malaikat,
    tapi belakang……
    (faham2 ajolah;)
    .-= cik wanie´s last blog ..Pasang Mini Pelamin…. =-.

Comments are closed.