Makan Laksa Lalu Pose Cantik Depan Istana

dari muzium kota kayang, kami zasss ke kuala perlis sana.
dan driver masih dikekalkan iaitu haku.
tapi ngenangkan dari muzium tu ke kuala perlis dalam 6km je, so aku pasrah la drive.

kami ke kuala perlis sebab mau makan laksa.
dengar kata laksa di sini adalah mantopp.


: : muka memasing yang macam zombie kampung pisang : :

banyak gerai kat tepi-tepi jalan nie.
memula cam ragu-ragu gak la nak pilih gerai yang mana.
tapi kemudian kami memilih gerai kak mah.


: : ecehh ecehh ecehh : :


: : 2 sirap limau, 2 limau ais : :


: : laksa yang dibaham : :

ermmm sedap ke laksa nie? napa aku rasa tak sedap meh?
tapi aku takde la nak keji-keji ke hapa yer.
cam payiet tu lagi laa.. siap dia kata rasa laksa tu mengjahanam?
kooo nyah. cakap siang pandang-pandang. cakap malam dengar-dengar.
sok kalau owner kedai tu saman ko, mek tak campoooo aaarrr…

taktau la, lain orang lain kan…
soal kata lidah boleh bohong, soal rasa tidak…. <<–iklan apa???

ok tinggalkan kisah laksa dan kak mah.
kami meneruskan perjalanan.
ingatkan boleh la aku nak relaks-relaks pulak.
tapi hampehhhh…. hakuuuu jugak kena drive *&*$&^#&**@&@**

kami patah balik ke kangar sana.
hajat hatinya mau ke istana arau dan galeri diraja.
hampa hatiku bilanya dedua tempat nie kalau ko nak datang, ko kena hantar surat permohonan. tak boleh main redah-redah gitu jerr..
sob sob…

so bergambar je lah. dan kemudian meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. iaitu ladang tebu di chuping sana.
tempat yang aku teringin sangat nak pergi! ho hooooo..

10 thoughts on “Makan Laksa Lalu Pose Cantik Depan Istana

  1. nampak kuah pun dah tau tak berapa nak best.. lepas ni kena pilih kedai kakak lain pulak lah kot

Comments are closed.