Kisah Di Dalam Lif I

lagi cerita tentang lif. tapi kali nie bukan cerita tentang kentut lagi yach.
cecukup la dengan pengalaman ngeri itu.

tapi ini adalah kisah yang berlaku di dalam lif kat jasmine.
jasmine apartment, tempat saya berlindung dari kepanasan dan kehujanan.

berlaku dalam sebulan dua yang lepas.
masa tu aku baru balik kerja. sensorang sebab encik z balik lambat, main badminton.

iklan : saya tak queen control suami saya yer. dia boleh buat apa yang dia suka selagi tidak sampai ke tahap yang mencurigakan. so sila jangan sesedap tekak nak kata saya control suami saya. heh.

iklan tamat.

masa dalam lif, aku naik dengan sorang pakcik.
boleh kategori tua jugak la. atau mungkin dia muda, tapi barangkali di masa muda dia tidak minum jamu jadi dia kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

dari ground floor, dia dok pandang aku.
pastu dia pandang tempat lain. pastu dia pandang aku lagi.
tapi bukan dia tengok kat muka tau.
matanya lebih tertancap ke arah dada haku yang tak berapa nak bidang nie.

dalam hati aku mula la menggerutu.
ko tengok tetek aku ke pakcik? awasss ko.
tetek aku bukannya mantap pun, apa yang ko nak tengok?
aku dah bersiap sedia nak bukak silat gayong kalau dia bertindak keterlaluan.

tiba-tiba….
‘anak kerja bank negara yer?’

sambil mengecilkan anak mata… aku menjawab…
‘yer kenapa?’

‘pakcik ada duit rosak. dah koyak cucu pakcik main. boleh tak anak tolong tukarkan?’

dari silat gayong, terus aku nak bertukar menari zapin kat situ uolls.
tuh la.. buruk sangka lagi dengan orang.
rupanya yang pakcik tu dok telek ialah tag kerja yang aku tak bukak.
huhuhu… i’m sorry pakcik!

moral of the story, jangan asyik nak buruk sangka dengan orang yo.
kepala hotak tu clearrr kan sikit. kasi bersihhhh…
muhasabah diri. jangan semedang nak cari salah orang sesajo.

guess what, pakcik tu bebetul datang rumah haku nak tukar duit!
pakcik pakcik.. 😀

18 thoughts on “Kisah Di Dalam Lif I

  1. hahahahhah 😀 sian pakcik yg tak berdosa tu 😀 well.. mya, apa lagi, hulurkanlah bantuan..

    • dah hulur pun erin. saya bagi duit saya dulu kat dia. pastu sy gi tukar sendiri sy punyer. amal jariah membawa barakah 😀

  2. syian kat pakcik tuh…. iyer… sungguh not gud ok syak wasangka kat org….huuhuuhuu….. erm.. nak komen tang iklan tuh jap….. dah en z blh ke ulu ke ilir sesuker ati…. dgn pengetahuan ko…. ade lg org nak ckp ko quen control….. ish…. aper org ittew z syg mulut ke haper??? 😛
    .-= Ernie´s last blog ..…..::::Jalan Cinta:::::….. =-.

  3. ayok tak pasal pakcik kene tuduh sexmaniac kan, zaman skang nih amat lah berbahaya, muka nampak baik suci murni, mulot ramah tamah, ujung ujung hati gelap hitam jahat cam longkang, kan kan
    .-= payiet82´s last blog ..Test power =-.

  4. cian kt pakcik tuh…mangsa keadaan nyudehnyee..hehehe..ai pun selalu gak wat cam tuh kt orang tgok tag keje yg dok hok tergantung tuh..agak2nya dorang pun fikir aku dok skodeng dada dorang kan..huhuhu..tobat tobat daahh
    .-= Nur´s last blog ..Mia vs Mail… =-.

Comments are closed.