I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

anda suka berseloka dan beriang ria di ‘Street Fair’?
tetapi sudah lama tidak melakukannya?
berita baik untuk anda!

pada 17 April 2010 nanti akan diadakan ‘Street Fair’ anjuran Gatsby Deodorant.
bukan secara kecil-kecilan uolls. bukan juga secara sederhana-sederhanaan.
tapi besar-besaran yo.
tempat kejadian adalah di ruang legar Berjaya Timesquare KL.
bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

apa yang ada di sana? hey.. memacam ada tauu..
ada banyakkk gerai mainan di mana kat situ korang boleh main memacam permainan.
antaranya ialah baling getah dan bergusti sumo dalam beg udara.

kalau korang hebat bergusti sumo, haaa apa lagi. sila lah tunjukkan bakat korang.
hadiah? ini gatsby ok. mestilah ada hadiah.
gatsby akan bagi hadiah berupa point. pastu korang boleh menebus mata ganjaran tu dengan barangan menarik dari Gatsby!!

hebat kan? sila kata hebat sekarang!! *sambil pegang rotan.

bukan takat tu je tau. kalau korang dah mengambil bahagian dalam permainan, korang layak jugak untuk menyertai cabutan bertuah.
antara hadiah yang korang boleh pikul bawak balik ialah barangan elektronik, komputer, telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM15,000.00!
haaa sila bukak mata besar-besar sikit. RM15,000.00 ok.
bukan RP15,000.00.

manalah nak tau kan. tuah ayam nampak di kaki.
tuah kita nampak di deodorant. eh eh.

biasanya street fair nie macam-macam game ada kan.
tapi aku ingat nak buat cadangan la pada pihak gatsby.
kalau boleh diadakan permainan meneka berapakah gatsby deodorant yang terdapat di dalam bakul.
alah yang macam kat shopping complex selalu buat tu.
letak coklat lah.. tin air la.. botol mineral lah. pastu kena teka.
haaa.. gitu laa..

oh yer, ada ke sesiapa yang tak tau macam mana nak ke Berjaya Times Square?
cara yang paling mudah, cepat dan pantas aku cadangkan korang naik monorel jer.
tak payah pening-pening.
monorel korang boleh naik kat kl sentral atau pun titiwangsa.
hujung dengan hujung.
pastu turun kat stesen hang tuah. haaa sampai lah kome nanti di gatsby deodorant fair.

nak naik kereta boleh jugak. tapi kau tau la area bukit bintang sana tu kan.
jalan sesak sesajoo.. nak cari parking lagi.
agak kusut. so naik monorel adalah lebih afdal.

insyaAllah kalau takde aral lalu melintang patah, aku jugak akan berada di tempat kejadian. nak jugak merasai akan ke’happening’an street fair nie kan.
mana lah tahu kot-kot boleh menang lapanploh bijik deodorant.
boleh wangiiiiiiii sepanjang waktu. heee…

korang pun marilah beramai-ramai memeriahkan street fair nie.
selalu pun korang pergi berjaya times square untuk tonton movie lah, shopping lah, bowling lah. haaa apa kata 17 april nie, korang sama having fun dengan street fair nie pulak. shopping later-later pun boleh kan?

dan jangan lupa, Gatsby Deodorant Street Fair ini adalah merupakan program komuniti Nuffnang yang terbesar di Malaysia!
pihak nuffnang menjangkakan lebih dari 500 orang penulis blog bakal berkumpul di sana.

haaaa teruja tak?
mungkin redmummy ada kat sana. mungkin jugak ceera?
iza kot? haaa hanis zalikha? kennysia?? ohhh…
jangan dilepaskan peluang berharga ini…

cer korang KLIK WEBSITE GATSBY ni dulu.
main semua game yang ada kat situ. boleh asah skill.
nanti di hari kejadian, takde la pancit bagai. he he…

jumpa di sana anak-anak!! πŸ˜€

6 thoughts on “I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Comments are closed.