Housewarming di Villa WangsaMas

tetiba sajikan korang dengan nasi ayam kan…
walaupun nasi tak kelihatan. cuma ayam semata. hee..

kekdahnya hari sabtu hari tu aku gi rumah apu.
dia baru pindah rumah baru. so, cam biasalah. buat housewarming.

aku dok borak-borak dengan apu pasal rumah dia nie dah lama dah.
dari dia mula cadang nak beli, sampai dah beli.
tunggu kunci, renovate dan akhirnya tadaaa.. pindah sudah.

tempat kejadian adalah condo villa wangsamas di wangsa maju sana.
dengan jasmine dekat bebenau. so macam keji la dah dekat tapi tak pegi kan.

aku antara tetamu yang terawal sampai.
so terus terjah makan nasi ayam. eh, sebelum tu harus melawat kawasan dulu.

rumah adalah lawa. dan cantik.
dah lawa dan cantik, haruslah harganya pun mencanak-canak yo.
nak termeninggal aku bila apu bagitau harganya.
matikk idup balik pun idok ler mampu teman nak duduk kat sini.
melainkan encik z tetiba bertukar menjadi kaya raya.
encik z, bila mau kayaaa???

apu ni peminat tegar chelsea. tu yang melambak harta karun semua pun ada kena mengena dengan chelsea.
siap bukak laptop tengok game dan score segala.
haibatt haibatt…
ko jangan tanya-tanya aku pasal bola yo.
yang aku tau khalid jamlus je.
dari chelsea, tetiba khalid jamlus kan. tak synchronize langsung.

lepak dalam sejam gitu kot.
menjelang pukul 2 petang dah ramai tetamu yang datang.
so tak reti-reti nak balik?


: : bersama apu si tuan rumah : :


: : satu lagi shot sebab gambar pertama rambut aku ronyok : :

apu ni single & available yer.
so pada anak-anak gadis yang masih single dan ingin berkenalan dengan beliau, adalah dialu-alukan. cuci kaki masuk kondo villawangsamas ini 😀

meh yaya amik gambar mommy dengan ayah…
belakang sikit.. belakang sikit..

berdiri tegak kayak nyanyi lagu negaraku.
sebab… nak bagitau aku pakai baju baruuuu…
hadiah birthday dari ernie.
dan pakai rantai baru jugak…
pun prezen. dari shida.
dua-dua pun kawan aku yang sengal. tapi baik hati.
dan aku sayang mereka berdua 🙂

eh, selain baju dan rantai baru, saya juga pakai kasut baru.
lihat kasutku. cantik kan?

6 thoughts on “Housewarming di Villa WangsaMas

Comments are closed.