Gua Kelam – Cave of Darkness

destinasi seterusnya dalam projek cuti-cuti perlis adalah ke gua kelam.
rugi laa kalau ko dah sampai perlis, tapi tak jejak gua kelam ni.
rugi rugi rugi.

muka kelat bukan menandakan tidak gembira mau pun berantakan yer anak-anak. tapi sebab kecapekan dan kepanasan. gitu.

katanya ada dua gua kelam. gua kelam 1 dan gua kelam 2.
satu gua tu masuk leh naik keretapi. tapi under renovation plak.
so, menapak je lah. ala… bukan jauh pong.
kata nak menikmati pemandangan dan keasyikan gua kelam kan.

tapi sebelum tu, masuk dulu dalam tempat pameran dan informasi gua kelam.
cam hidup segan mati tak mau je tempat nie.
dengan panasnya. dengan bau hapaknya. kesian.

nak jugakkkk multi shot.  walaupun tengah duduk.
zassss… layannn…

pastu menapak la pepelan ke pintu gua kelam.
sepanjang jalan ada sungai. aku nengok sungai adalah kotor.
penuh dengan sampah sarap bagai.
tapi selamba je masyarakat mandi manda.
siap berpiknik bagai.
tapi memang meriah laaa..

puisi tentang gua kelam. best sangat. i like.

pastu kena beratur beli tiket untuk masuk gua kelam.
berapa RM ek? RM2 kot? ntah ar.. tak ingat. update lambat lagi.
habis semua information dah lenyap luput dari ingatanku.

dalam gua ni sejukkkk sangat.
kena lalu titian kayu yang kekadang ada gak kriok kriok bunyinya.
pemandangan adalah super duper lawa berwarna warni bak kilauan prisma.

harus menapak sampai hujunggg.
pastu kau ada choice nak patah balik lalu dalam gua ataupun lalu laluan kat luar jer.

tak habis-habis posing kat signboard kan.
sukerr ah. kamera ku, bukan kamera mu.

kami dah meninggalkan jejak di gua kelam, perlis.
anda bila lagi?

10 thoughts on “Gua Kelam – Cave of Darkness

  1. hi maya…

    wwwwaaaaa…lain nya rupa gua kelam nih weyh…time aku pegi…surammm..memang kelam….skang dah moden okk…mana tak nya..time aku pegi back in 1995…eeiiiii…teruss rasa sgtt tua ok….skang dah 2010.

Comments are closed.