Cintaku Tertinggal Di Ladang Tebu

aku kena drive jugakkk dari kangar ke chuping!
*&&%^#^#&**@#(@&#*(#(.
tak boleh harap betul budak-budak jantan nie tau.
dah la taknak drive, semua pakat berdengkur tak hengat-hengat.
kepunden betul.
so mak jugak la drive sesorang. nyampahhhh.

perjalanan ngamik masa errr… ntah lah.. tak ingat dah berapa jam.
alhamdulillah, selamat sampai di tengah panas terik.

ladang tebu chuping nie, dia punya luas perghhh..
berpuluh-puluh padang bola i tell u…
tapi kan, agaknya time ni bukan musim tebu menghijau kot.
sebab semua tebu adalah kelihatan tua dan usang.
usang peginya.

aku drive ronda-ronda dalam kawasan ladang dulu, pastu kami stop kat tepi jalan.
ada pokok-pokok yang lawa yang macam pokok getah tapi bukan pokok getah.
korang teka la sendiri pokok apa.
motipp berhenti kat pokok? harus nak pose pose cantik uolls.
dan sila bear in mind, yang kami berempat masih belum mandi yo.


: : ceh ceh cehhh : :

nak jugak gambar ala-ala pengantin kan..
heeee…

walaupun tak mandi, posing tatapp posing.
nantikan single terbaru kami yang akan berada di pasaran bertajuk ‘walaupun tak mandi, kami tatap meletup’

apa nie peluk-peluk? rimaslah ai.
eh eh, sapa yang peluk sapa?

aksi ini tidak sesuai dilakukan di depan kilang gula yer anak-anak.
kekdahnya kitorang ingat boleh la masuk melawat kilang gula nie.
so payiet dengan gaya-gaya menggoda pergi la mendekati pakcik security tu.
takdo mano nya pakcik tu tergoda dengan yiet.
kena hanjen lagi ado. disuruhnya bawak surat sokongan bagai.
ingat nak mintak keje gomen ke nak ada surat sokongan bagai?
heh.


: : memasing tak puas hati : :

dah lepas gagal masuk ke kilang gula, kami meneruskan agenda seterusnya iaitu mencari batang tebu untuk diajak bergambar.

nak bergambar memang nak bergambar, tapi cam ketakutan.
tau ajer la ladang tebu kayak gini, banyak ular uolls…
so semua cam sipi-sipi jer berdiri. heee…

gambar jangan cakap la. berpuluh-puluh.
multi shot paling banyak sekali.
nie antaranya lah. lompat sampai tertonggeng-tonggeng.
tak padan dengan tak mandi, dengan panas teriknya.

masa nie tak silap aku cuaca paling panas direkodkan di malaysia kat sini.
perghhh… tengok kental tak kentalnya kami nie.
dalam 36 darjah tak silap aku.

gambar nie paling kelakar okkkk…
aku macam nak menari caklempong.
yiet lak cam ala-ala model dslr.
nikolas mengelak panahan api dari pihak musuh.
encik z lak ala-ala tahan kentut. heh.


: : lebarnya pinggulkuuuu *&^%$%^&* : :

yang berasap kepul kepul kat belakang tu ialah kilang memproses gula.
alaaa yang kitorang takleh masuk tu lahh..

nak melecur punggung aku duduk atas jalan nie.
tapi demi nak posing, tatapppppp….

korang tau kan, filem KL Menjerit ada shooting kat ladang tebu, chuping ni?

18 thoughts on “Cintaku Tertinggal Di Ladang Tebu

  1. iiieeeee, mek kalau mung nok duduk atas jalan kayak gitu, meh mari kampung hakak kat pasir panjang, kuala terengganu.. mek nak tidur baring pun buleh dengan syarat, datang waktu tengahri jumaat sajork, ketika waktu imam2 kat masjid tengah berkhutbah, saat itu ler ko boleh baring atas jalan rayo.. (bahasa rojak campo2 sbb jeles ko makan laksa pennang walaupun tak setaaap)
    .-= sWeEtDaRLinG´s last blog ..Western Breakfast =-.

Comments are closed.