Cerita Di Padang Besar Piula

boleh kita sambung cerita pasal perlis anak-anak sekelian?
kalau tak boleh takpe. sila nyahh kamu dari sini. heh.
kalau yang kata boleh, mari ramai-ramai.. rapat-rapat..
jangan malu-malu… blog ini dibuka untuk bacaan dan tatapan orang ramai.

dari ladang tebu chuping, kami terus zasss ke padang besar.
tapi sumpah aku dah tak ingat berapa jauh kah perjalanannya.
encik z pulak drive.
tak susah dan tak sesat barat pun. sap sap soiii sudah sampai.
dan terus check in di chalet yang telah dibooking.

bilik adalah luas. ada satu katil dan satu tilam.
kalau kau gaduh laki bini, boleh la tidur asing-asing.
yang pentingnya, dapat bilik bebetul depan tempat makan.
takyah jejauh kau nak jalan. bukak pintu, terus tarik kerusi, duduk lalu makan.
macam kat rumah sendiri kekiranya.

apa-apa pun, kita mandi duluuuuu…
sudah sehari semalam tidak mandi. bau masam bacin hancing semua cukup.
syurganyaaa uolls dapat mandiii… segarrrr…
dan terus meneliti itinerary untuk agenda seterusnya.

haku la gorgonizer, haku la driver, haku la tukang booking hotel, hakulah bendahari. hakulah sexitery. *&^%$%^&*

tanpa berlengah lagi, kami pun keluar mau mencari makan.
laparrr laparrrr laparrr… makan budokk..

hadyai!! nak gi lagi laa.. dulu pegi ada ke duduk 1 malam je?
tak patut tak patut. encik z, jom gi hadyai! madaii madaiii…

cam cacat la aku dalam gambar nie.  sila salahkan rambut.
hohohoh.

kami belasah duduk je kat salah satu gerai yang adooo.
lalu mula memikirkan apakah yang mau dilahap di sini.

aku makan nasi goreng USA kot kalau tak silap.
pastu dok tulis kat situ, special sup usus. aku pun coba laaaa..
tapi rasanya uwekkk uwekkkk…
tak laluuuu… *&^%$%^&*
korang pernah makan sup usus tak?

dah kenyang perut suka hati, kami pun masuklah ke dalam bazar nya.
memula gi yang tempat jual baju-baju.
panasnya dalam nie ek. berpeluh-peluh keti.
aku beli 2 blouse untuk aku dan mama, juga dress yang comel untuk yaya.

oh, aku ada soalan.
ada ke antara korang yang sakit hati lalu menyampah aku letak gambar aku dengan encik z peluk-peluk gedik-gedik nie ek?
sorry la kalau ada yang rasa gitu.
can’t help it lah. i’m sorry yo…
(tapi jangan harap aku takkan letak lagi. lagi banyak haku akan letakkk. huahuahua)

kemudian shopping jajan di dalam bazar makanan plak.
beli limau bali yang setappp.. dicicah bersama asam. nyum nyam.

selalu ikan masin. tapi yang nie ikan manis.
camne lah rasanya ek? korang pernah makan?

sila abaikan muka aku yang ala-ala nak terkentut tu.
sila fokuskan kat belah belakang.
kat luar bazar, ada gerai-gerai lain.
kat situ lagi murah compare yang dalam.
kira kalau yang dalam 3 barang RM10, tapi kat luar 3 barang RM9.
walau seringgit, tatapp duit maaa…
korang kaya takpe, aku kemiskinan tegar. heh.

masa untuk pulang dan berehat di chalet.
sampai kat myavi, elok terselit surat saman pdrm sebab park kat tempat yang tak dibenarkan. *&^%$%^&*.
potong betul!!!

9 thoughts on “Cerita Di Padang Besar Piula

  1. alahai,
    lomatiknyer akk ngn Enchik Z,
    ala x salahkan suami isteri berpeluk-pelukan,
    kalau ada yg x suker x payah tgk kan,
    klik saja tanda pangkah kat belah kanan tue kan,
    kakak kan…..

    ish ish ish…

    apapun still sentap sbb x dpt jumpa akk kat pekan rabu ari tue,
    wakakakakakakaa;)
    .-= cik wanie´s last blog ..Pasang Mini Pelamin…. =-.

  2. akak penah pegi first time kat padang besar ni, tak tau nak beli apa…
    haaa kalau ko pasan kemeja akak yg bunga2 pink tu beli kat sini laa…
    bullehh laaaa…

    aik, peluk laki pun salah kah??? fenin fenin…
    ooo diorg nak soh ko letak gambo ko peluk aku kot..
    ada ke pic kita peluk2…kehehehehe
    .-= TiNiE´s last blog ..English IDIOMs =-.

Comments are closed.