Bukan Saya Yang Kentut Bang. Sumpah Bukan Saya

korang biasanya kalau kentut kan, korang kentut kat mana?
adakah korang memilih tempat untuk melepaskan kentut?
atau korang akan kentut di merata-rata saja?

hari tu kan… aku gi department encik z. ada la nak pas kan barang.
department dia tingkat 14 (motip bagitau tingkat?).
dah lepas pas barang kiss kiss bye bye, aku pun nak berambus la dari situ.
nampak lif dah nak tertutup, cecepat la lari, tekan butang lif lalu sempat masuk ke dalamnya.

masuk-masuk kan, eieuueueueu bau busuk uolls.
bukan bau busuk kasut ke, bau ketiak ke, bau hancing ke.
tapi bau kentut okk.. diulangi kentut.
alaa… ko mesti boleh beza kan bau kentut dengan bau busuk yang lain.
aku cam eieiiei sapa la yang tak bermoral nie melepaskan kentut di dalam lif?
tapi cam tak koserrr la nak keluar lif bagai. so pasrah je la dalam lif tu.
dengan harapan takkan ada la orang lain masuk lif tu.

tapi unfortunately aka malangnya, lif stop kat tingkat 13 la pulak.
dan bau kentut tu masih lagi berkumandang dalam lif.
tetiba masuk plak 2 orang jejaka kacak.
bila pintu lif terkatup, rupa paras mereka dah bertukar ketat.

ah sudahh.. mesti diorang saspek aku yang melepaskan kentut itu.
arghhh tidakkkkkk aku tak bersalahhh… kentut itu bukan milikku <<– jerit dalam hati je laa.. gila ko nak jerit kekuat.

2 orang jejaka kacak tu memang nak turun ground floor tau.
tapi alih-alih diorang tekan tingkat 4, pintu lif terbukak je mencicit dorang keluar.
bencikkkkkkkkk…. habislah reputasiiii hakuuu..
mesti diorang akan jaja cerita normaya mukhtar melepaskan kentut di dalam lif.
nehi nehi nehi….

lama betul okkk bau kentut tu dalam lif.
mesti orang yang kentut tu makan telur ayam lapanploh bijik semalam.
persoalannya, milik siapakah kentut itu????????

24 thoughts on “Bukan Saya Yang Kentut Bang. Sumpah Bukan Saya

  1. Hahahahaha!!!! mmg lawak ah kak maya…. sampai pecah perot gelak bile dibygkan ok…
    pttnyer kak maya ttp je hidung time tu… so awal2 jejake tu dah tau dalam lif ade bau busuk hehehe
    .-= odhero´s last blog ..Sabtu…. Ohhhh Sabtu… =-.

    • tu la, kakya terus jadi bodoh bila bau kentut tu.
      habis segala otak geliga kakya terbantut utk berfikir.

    • pasrah. dgn harapan satu hari yang permai, kebenaran akan terbongkar jua.
      yang tidak bersalah akan menerima pembelaan.
      dan si pesalah akan menerima hukuman setimpal.

  2. Adoyai. Kelakar. Memang kelakar.. Kahkahkah. Tabik spring lah kak, akak leh kental dalam liff tu. kelakarnyeee akak nih

  3. hahahahhahah 😀 speechless..tak tau nak kata apa..
    diluah kang… takut org x percaya… x luah pun, bahaya gak, nanti habis org berprasangka yg mmg kita kentut kat dlm lif tu hahahah 😀

  4. punya ler xtahan mamat 2 orang tuh stop kt tkt 4 dari asal nk turun GF kan..kira idung u nie mmg kental sungguh dengan bauan sebegitu..huhuhu trajisss 😉
    .-= Nur´s last blog ..Mia vs Mail… =-.

Comments are closed.