Ber Bumbu Bali Di Hari Jadi Mama

hari sabtu hari tu birthday mama. yang ke 55 tahun.
berkebetulan semua pun ada kat KL.
adil datang dari serting ke KL sebab ada game basketball malam tu.
kaklong pulak baru balik dari terbang.
aku of coz la sentiasa ada kat malaysia nie.
so decide mau celebrate birthday mama.

kami ke restoran bumbu bali di puchong.
first time nie aku datang sini.
makanan dan restoran berkonsepkan bali.


: : drinks : :

aku minum barli campur lime. setappp..


: : makanan mereka : :

manakala makanan aku ialah nasi campur bumbu bali.
portion makanan semua pun adalah besar. so ngecek-ngecek adik beradik lah.

sementara menunggu makanan, bersembang anak beranak.
update ler memana cerita saudara mara rakan taulan yang tertinggal.

betul  maa… kaklong dah cakap dengan dia.. tapi dia tu  bla bla bla bla…

ye ke.. sampai gitu sekali. ish mama tak percayalah. kan dia bla bla bla bla…

orang dewasa bersembang, bebudak sila duduk tepi yer.
haku selain pantang tengok budak-budak yang nakal tak boleh ditegur, aku jugak pantanggg nenek moyang kalau budak-budak kecik nyampuk orang tua bercakap.
boleh bikin rasukan ablasa okkk..

lalu makanan pun sampai.  memasing tak toleh kiri kanan dah.
ngapp ngapp ngapp..


: : mama dan anak bujangnya the one & only : :

lepas makan-makan, apa laga. keluarkan kek la uolls.
cheese oreo dari secret recipe. tapi takleh tandingi chocolate indulgence.
orgasma berganda!
tapi being me yang tolak kayu dan batu, so tatapp kasik telann..


: : ibu mau pasang lilin : :


: : happy birthday opah! : :


: : caca yang menyibuk nak potong kek : :

tengah nak bergambar. pun tatappp dia sibuk nak potong kek.
aku dah kasik jelingan fatimah juling, baru nak behave sikit.
caca nie cam takut sikit dengan haku.
kalau dengan ibu nya yang lemah lembut gemalai tu, takde nya dia takut.
eh tapi kalau babah dia sekali jerit, terdiam jugak dia oh..


: : sessi penyerahan hadiah : :


: : 2 sekupu yang menyibuk nak tengok opah dapat hadiah apa : :


: : seutas jam tangan berjenama ‘teeet’ untuk bonda tercinta dari kaklong & kakngah. adil pengecualian sebab baru kerja dowh : :


: : me & my love yang porque : :


: : lagi kami laki bini yang menggemuk : :


: : caca yang menakal sampai basah baju. heh : :

aku memang suggest korang try makan kat restoran bumbu bali nie.
makanan semua adalah superb. surrounding yang cozy dan harga yang berbaloi-baloi.

beralamat di Bumbu Bali

18 & 18-1, Jalan Persiaran Puteri 1, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor – 03-8061-8699

happy birthday mama!
dan selamat menjamu selera my pinkish!

10 thoughts on “Ber Bumbu Bali Di Hari Jadi Mama

  1. Opahnyer birthday.. cucu yang sibuk nak potong ke.. heh… bebudak… aku nak try la restoran nih Mya…

Comments are closed.