Awas!! Entry Ini Penuh Dengan Gambar Yang Berwarna Warni

hari khamis aku amik cuti. sebab kebetulan kaklong pun off day.
tau ajer la dengan kerjaya kakak ku sebagai seorang pramugari yang tak berapa terlampau nie. mana nak dapat off day weekend.
ada tu memang ada, tapi cam kepayahan laa…

bercuti kerana mau membawa ini budak 2 sekupu bersuka ria di BTS.
tau tak BTS kat mana? yer betul anak-anak. berjaya times square.
tak pernah pergi? ok saya simpati.

bayaran masuk total adalah RM110 setelah tolak 25% diskaun dari voucher yang encik z bagi. ntah mana dia dapat ntah. zasss je lah.
mama plak dapat harga warga emas. RM15 je. berbaloi baloi.

sampai di tempat kejadian, yaya adalah bertempiaran kegembiraan.
caca je pulak boleh meragam dok takut-takut.
sebab bunyi roller coaster yang degung degang tu la.
sudahnya dok mengamuk ajak balik. adoiyaiiii…

caca yang berwajah ketakutan.
dok jeling kiri kanan. dia takut jugak dengan thomas train tu.
walaupun takde kelihatan thomas train di sini. heh.

yaya adalah gembira tidak terhingga.
semua games dia pukul rata. sampai 2,3 kali dia repeat.

gambar 1 : caca yang cuak-cuak nak naik keretapi.

gambar 2 : request nak snap gambar lagi sekalik sebab nak tayang gigi

dah beberapa lama sikit, baru dia macam nak warm up.

3 generasi

yaya main bumper car. dia cam nervous bila kereta dia tak gerak.
tapi dia tak nangis. tak cengeng macam mommy nya.
aku kekecik dulu cengeng oooo… sesikit nak nangis, sesikit nak nangis.
apa nak buat, jiwa ai sensitif oh.. :p

caca yang kemalasan nak jalan. adoiyaiiiiii…
ibu awak tu dah la kurus kering. mau patah tulang temulang dia dukung awak ca oiii..

naik kapal plak.  2 kali dia naik kapal ni. berani oh..
tetiba teringat dulu kat the mall ada kapal camgini gak.
untuk orang dewasa ar.
aku penah naik dengan member-member aku. gayat.
ada sekali tu, siap ada orang atas tu muntah oiii….
bertebaran muntah dia ditiup angin. uwekkkkk…

mommy, nak amik gambar kat jagung..

kepenatan.  kita minum dulu…..
lepas minum, terus beradu…

mama sound kata, umur dah 31 tahun nak pakai kasut cenggini lagi. (kasut ala-ala kasut sukan)

huhu. bukan apa la ma, kata gi BTS kann..
kang pakai wedges, jatuh terpeleot sapa nak jawab.
husband i dah la takde sama. he he…

mama memang kurang berkenan tengok aku & kaklong pakai baju pependek, keketat rugged-rugged gini. eh tapi ada ke mak yang tak kisah?
ada kot. yang sporting lagi urban sure tak kisah…

ala ma, kakngah sekarang pun banyak dah berubah per dari segi pakaian.
pepelan kayuh orang kata. baju pun kalau perati dah banyak per ala-ala muslimah. muslimah la sangat. heeee…
ye la, taknak la perubahan drastik nauu..
u know i know la ek…

mama dah rajin baca blog aku bila abang long bukak.
senyum je laaa dia bila tengok anak dia yang sorang nie merepek merapu.
heeeeeeee…

tapi mama supportive tau. kira dia sokong la aku tulis blog nie.
gi makan memana, mesti dia tunggu aku amik gambar food dulu.
pastu nengok, amik gambar kasut jugak. mak uolls sporting tak uolls tulis blog?

ajak dorang balik, sebab aku dah kelaparan.
tapi dedua pun taknak balik. so kasik cannn la dorang main pepuas.
nak taknak, terpaksa makan kat dalam nie jer.
nasi goreng dengan mee mamak. ok laaaa layann..
janji perut terisi.

pukul 5 petang gitu baru la beransur pulang.
6 jam duduk dalam nie jer. cer bayangkan… sila bayangkann..
tapi takpe, demi anak & anak saudara, hamba turutkan…. gitu…

14 thoughts on “Awas!! Entry Ini Penuh Dengan Gambar Yang Berwarna Warni

  1. kapal yang macam dekat the mall tu aku naik bebaru ni dekat Melaka… kekonnnya teman Alya… masa naik tu, baru 45 minit lepas makan malam, dia muda lagi takperlah.. siap jerit-jerit seronok kat atas tu, aku yang tua nih… sendiri mau ingat… turun-turun tu.. hazabbbb…

  2. iye tui..kapal kt kt mall tuh..dolu2 masa time2 muda belia ada gak naikk..uhhh veri d seriau..jantung rasa dah jatuh bawah dah time tuh..satu lg kt sunway taman tema..tuh pun satu nk cabut nyawa..lutut automatik ketaq nagn sendiriknya..kalau tk naik tak ler merasa ‘saat-saat indah tuh kan’.. 😉
    .-= Nur´s last blog ..Mia vs Mail… =-.

Comments are closed.