Anak Kandung & Anak Saudara

hari tu nida tanya aku, cuti sekolah ni yaya tak datang kl ke.
baru teringat aku takde tulis kat blog ek.
yaya dah seminggu lebih ada kat KL. seminggu hari tu duduk kat LEP, rumah kaklong.

baru minggu lepas hari jumaat datang jasmine.
selain cuti sekolah, yaya datang kl sebab ada majlis kat segambut sabtu lepas.
dan minggu depan dia dengan mama nak ikut family kaklong gi bercuti ke cherating.

caca 4 malam duduk kat jasmine sebab dia takleh gi nursery.
hari tu ada aku letak status kat facebook bagitau dia kena chicken pox.
sian sungguh.

ok gambar terbaru mereka yang disnap semalam.
yaya yang ketiduran awal sebab tak tidur petang.
caca plak sebab terlebih tidur petang, belah malam terjaga sementara tunggu mak apaknya datang jemput.

sekian dulu laporan tentang yaya & caca.

4 thoughts on “Anak Kandung & Anak Saudara

Comments are closed.