14 : Bye Bye Hanoi

ok hari terakhir di hanoi. bangun awallah dondang. eh awallah pagi.
sebab flight 9.15pagi. dan believe it or not, cuaca masih hujan renyai-renyai.
maksudnya lepas aku sampai kat hanoi, hari pertama belah petang tu dah hujan kan. dan hujan tak reda langsung-langsung. perghhh…

ko nampak mamat receptionist belakang tu?
ada ke dia kata aku curik selipar dalam bilik?
walaupun tak pernah ada pun selipar dalam bilik kitorang tu.
sesedap tekak ko kan mamat? awasss lorrr..
aku ada sandal hush puppies ok. (ini statement berlagak)
apa kes nak curik selipar vietnam ko? heh.

perjalanan dari hotel ke airport kurang lebih 45 minit cenggitu.
tengok… kat hanoi ada petronas. bangga bangga…

nampak tak kat atas nun. 14 darjah celcius.
sejuk tak sejuk?? nak tau korang kena la gi hanoi masa musim winter nie.
rasai sendiri kedinginannya. awww..

huk huk… kuala lumpur, kuala lumpur, calling one. calling twice.

dalam airport nie pun sejuk terlampau uolls.
menggigil kepala lutut. beku medola oblongata hakuu.

very the sistematik tau dorang kat sini.
siap susun barisan ikut nombor seat.
maknanya dia akan lepaskan sapa yang seat belakang dulu.
so takde la ko berasak-asak masa dalam flight nanti.
bukankah bagus begitu?
aku rasa LCCT pun kena buat cenggini lah.
takde la ko berebut macam anak ayam merebut dedak kan…
tetiba anak ayam terlibat dalam ini cerita. cena?

bandar hanoi kami tinggalkan dengan penuh kenangan dan senyuman…
bye bye hanoi…
insyaAllah jika panjang umur dan ada rezeki lebih kami akan kembali 🙂

dalam flight. harus perut gigil-gigil menahan kelaparan.
so kami makan ini sebagai hidangan brunch kami.
setapppp… ke sebab haku sudah melapar? heh.

sesambil dok berangan menilik laluan perjalanan air asia nih.
aterrr… buat sementara waktu aku mampu naik air asia je lah pong.
dulu naik MAS gi bangkok pun sebab memang kebetulan harganya murah.
kurang lebih air asia. tu yang zasss gak naik MAS. syiokkk..

aku ingat pasni nak gi australia la. tapi jocko kata australia banjir skang.
nak gi london lah. air asia ada gi london kan? hek.
ok bebetul cerita. aku nak gi phnom penh/seam reap.
kalau ada sesapa nak gi sana, roger-roger la.
boleh haku tumpang sekaki.

touched down lcct kul 1.15 tengah hari camtu.
jangan nak berangan pakai jaket segala yer.
harus panazzzz kedaung masa nie. berpeluh keti.
tapi bak kata pepatah, hujan emas di negara orang.
hujan batu di negara sendiri. lebih baik di negara sendiri.
kannnnn…

ok uolls. tamat sudehhh episod percutian honeymoon aku ke hanoi itu.
next entry aku akan tulis berapa harga tiket, information tour package, hotel dan yang sekampung dengannya…. okeyyy??

12 thoughts on “14 : Bye Bye Hanoi

  1. kak,
    sy balik dr vietnam pon rasa nk g pnomp penh…
    mana2 org malysia yg sy jumpa kat vietnam, diorang kata best gak kesana…

    leh la kite g sebelon nanti ekekeke

Comments are closed.