13 : West Lake with Tran Quoc Pagoda, Ho Chi Minh Mausoleum & One Pillar Pagoda

ada yang dah menyampah ke dengan cerita hanoi aku nie?
kalau ikutkan dah 2 bulan gak la. tak khatam-khatam ye dok?
sabar yer anak-anak. sikitttttt lagi.
kalau ikutkan pengiraan tajul muluk aku, ada dalam 3 entry je lagi selepas entry nie. sabar tu kan separuh dari iman. 2 kali sabar full iman korang.
ceh.. poyo je nak nasihatkan orang kan.
walhal aku la maknosia yang paling tak penyabar sekali di muka bumi ini.

ok kita sambung sekarang jugak, tanpa berlengah lagik.
yang hari tu aku gerak balik dari halong bay ke hanoi kan…
tak terus pulang ke hotel.
tapi pham bawak kami reronda sekitar hanoi khas untuk amik gambar.
baik betul ah dia.

tempat pertama yang kami pergi ialah West Lake yang ada Tran Quoc Pagoda.
ini pun salah satu tempat yang korang wajib pergi kalau berkunjung ke Hanoi.
tapi masa aku gi tu, tempat itu tengah renovation.
semua pun sebab nak celebrate 100 tahun hanoi bulan oktober nanti.
jadi, bergambar dari kejauhan je la…
dan cuaca masih lagi hujan kesejukannnn.

encik z dah tak koserrr nak keluarkan kamera bagak dia.
so semua gambar pun snap guna nikon cenonit haku.

nak tau sejarah tentang West Lake & Tran Quoc Pagoda nie, korang google leh?
aku dah kesuntukan masa nie.
cheyyy… kesuntukan masa konon. ko hengat ko pegawai besooo??

dari situ kami terus ke Hochiminh Mausoleum.
tempat di mana diorang sudah awetkan pejuang Vietnam yang bernama Ho Chi Minh. haaaa ho chi minh city tu diambil nama dari nama pejuang nie lah.
so korang leh la masuk situ untuk tengok mayat yang diawetkan.
protokol adalah banyak ok untuk masuk sini.

antaranya ialah, beg korang akan dicek. kamera tak dibenarkan.
tak boleh pakai topi. tak boleh masuk tangan dalam poket.
nggak bisa pakaian seksi. mini skirt, short semua jangan harap ko leh masuk.
melopong la ko di luar sana.
kena senyap dan sunyi, tak boleh bersuara.
paling penting, kesejukan terlampau dalam nie.
ada kurang lebih 8 orang ashkar jaga dalam ini.
very the serius rupa paras.

tak sampai 20 saat pun ko leh duduk dalam tu.
kira cam, lalu jalan perlahan-lahan. takleh stop pon.
oleh sebab tak leh amik gambar, so nan hadoo la gambarnya kan.
tapi kalau korang nak tau gak rupa parasnya, haaaa nie aku amik kat google.

actually aku dah gi sini hari semalamnya.
tapi sebab tak bawak kamera langsung, tu yang takde gambar.
ni kira repeat ke sini semata-mata nak bergambar sajork.
hujan renyai-renyai masih lagi. dan kesejukan mencengkam tulang ku yang rapuh ini. hohoh.

senang je kan bendera vietnam.
kaler merah, bintang kuning. kalau budak sekolah rendah nak draw pun, pasti sekejapan. cer bendera malaysia. aku dulu kekecik nak draw, gigil jari jemari segala. aterrr 14 line nak kena garis kan.
tak boleh bengkang bengkok. nak kena samaaaaa…
motip mengomplen bendera negara sendiri?
nak kena buang negara ke normaya oiii??

pham yang sentiasa ceria tidak kira masa.
manakala encik z yang menahan kesejukan.
konon-konon macho la pakai kayak gitu.
ujung-ujung menggigil ko kat sana kan.

cintaku tertinggal di vietnam. ok itu adalah poyo.

dari ho chi minh mausoleum, kami jalan ke belah belakang.
melawat ho chi minh punya former residence.
tempat tinggal beliau waktu beliau jadi pejuang di hanoi itu.
dia nie cam menjadi kesayangan rakyat jelata sebab sikap beliau yang sangat merendah diri dan berjiwa rakyat.

ada rumah dia. kereta. kira peralatan yang dia pernah guna dulu la.
nan hadoo gambar sebab hari kedua kitorang pegi tu, tempat tu udah tutup.
haaa sila amik perhatian yer, ho chi minh mausoleum nie ditutup pada hari isnin & jumaat. dan waktu melawat pun sebelah pagi jek.
so sila lah susun itinerary anda dengan bijaksana.

kemudian melawat One Pillar Pagoda.
tempat nie pun ada dia punya legenda yang tersendiri.
ada sorang mamat nie, kahwin dah lama. tapi takde anak.
so dia datang berdoa kat temple, kemudian wife dia pregnant.
dia buat one pillar pagoda nie sebagai tanda berterima kasih kat dewi yang mengabulkan permintaan dia. gitu la lebih kurang nya.

ini lak muzium. tapi kitorang tak masuk sebab tiada include dalam tour.
lagi piula, masa ni muzium adalah ditutup. sekian.

antara keunikan yang terdapat di sini.
cer buat korang punya pintu pagar kayak gini.
ada bran?

OK, nextttttttttttt

2 thoughts on “13 : West Lake with Tran Quoc Pagoda, Ho Chi Minh Mausoleum & One Pillar Pagoda

  1. hik hik.. bendera vietnam, jepun, china adalah yg paling senang kami rasa kalo nak lukisnya.. indon pun sama.. garis je..

Comments are closed.