Stop Calling Me KAKNAM!

Monday, 4:00 pm

kisah hari pertama kat hanoi dah habis aku publish.
kisah hari-hari seterusnya, kita hold dulu boleh?
berpinar la mata nak pilih dan edit gambar. ermmm..

hari nie aku nak buat luahan perasaan sikit.
aku jarang kan buat entry luahan perasaan, so sila kasik muka.
memula ingat nak buat protected entry je, tapi kang sana sini korang mintak password. so kasik zasss je lah.
lain-lain, aku takmo pikir dah.

pertama sekali, aku nak mulakan dengan soalan.
apa definisi kaknam sebenarnya ek?
mungkin takde definisi yang tepat, tapi aku rasa merujuk kepada orang yang kepochi dan buzy body. itu apa yang aku rasa. taktau la kau.

tak kisah lah apa definisinya, tapi secara jujurnya aku tak suka orang panggil aku kaknam. so please lah, pada sesiapa yang panggil aku kaknam tu, can u please stop it immediately.
aku taknak la semata-mata sebab ‘nama gelaran’ cenggini, kita jadi putus sahabat pulak.

mungkin kau nampak aku jenis huru hara, gedik-gedik, getik-getik kat luar.
tapi itu tak bermakna aku jenis kaki sibuk hal orang.
kalau kata aku banyak cerita pun dalam blog nie, aku cerita hal aku jer.
aku tak cerita hal kau. so harap kau paham lah.
jangan judge aku, sebab aku tak pernah judge kau.

dan. panggilan mama hayam tu hanya boleh dipanggil oleh juhaida jer. sebab kami banyak cerita dan gossip tersendiri.
orang lain tak payah la menyibuk-nyibuk nak panggil gak.
me dont loike.

and yes. aku dah tak perlukan kawan baru dalam hidup aku.
aku selesa dengan kawan-kawan dan persekitaran yang ada sekarang.
noktah.

This entry was posted in Emosi, Myself. Bookmark the permalink.


28 Responses to Stop Calling Me KAKNAM!

  1. TiNiE says:

    ko kenal ker org tu..???
    kenal sgt2…or sekadar di angin lalu??
    kalau sekadar gitu2 dah melabelkan org kaknam bagai..not good laaa…
    haihhhh
    .-= TiNiE´s last blog ..makan-makan di kedai pakcik kenny =-.

  2. lily lotus says:

    aperlah orang itu ekk..
    .-= lily lotus´s last blog ..their lil world =-.

  3. watie says:

    hebat org nie pandai memberi gelaran tanpa peduli perasaan org.. x bagus okey!!
    .-= watie´s last blog ..Ewah!! Ewah!! =-.

  4. Payiet82 says:

    ko rasa la kan nyah, patut tak org itu di beri penampar siam di khalayak org ramai?

    Ps: Pada org itu, cer ko bayang kalo ko lak dipanggil kak nam, hepi ? sonok sampai lompat katak? Awas lo
    .-= Payiet82´s last blog ..Babai my opis =-.

  5. Miza says:

    setahu kita la kan, setengah org melaka mendefinasikan kaknam tu sbg budak perempuan yg suka menyebok2 & memandai2 hal org tua.. huhu..
    tp ape2 pun maksud dia, tak elok la kan menggelar2 org ni.. cam la dia tu bagus sangat.. =(

    • Masy says:

      ye betul.. kt melaka maksud kaknam tu mcm tu la.. err dorg panggil akak camtu serius ke? ke gurau2 je?

      tp klu org x suka patutnye jgn panggil lg camtu laa eh.. panggil kak melerts takpe la jugek. hehehehehheheh

      chill kak :)

    • mya says:

      mungkin dia rasa diri dia bagus la kot

  6. odhero says:

    Huhuhu… Mayb die igt die bgs sgt kot…
    kak ya rase2 ah kan klu ade cermin lebih2 tu eloklah bg die tgk..
    tkt cermin umah die dah hancur berkecai…
    cian org mcm tu…
    .-= odhero´s last blog ..Makan2… Jenjalan… Balek Opis… =-.

  7. shida says:

    hmmmmm ko kak nam ??? hiks! tak sesuai hoccay…. lain lar kalau orang yang gelar ko tu mempunyai definasi yang lain …..

  8. Suriaamanda says:

    hurm…what a bad habit!!!!!!!sesuka nak gelar2kan orang..tgok la diri sendiri dulu..ntah2 dia lagi teruk dari kak nam

  9. sWeEtDaRLinG says:

    aku tak rapat ngan ko, so mmg aku tak berani nak gatai2 mulut gelarkan ko hapa2 pun…

    sama gak ngan sesapa pun, melainkan kalau orang tu geng kamcing aku, memang dah ber’aku kau’ sejak azali…
    .-= sWeEtDaRLinG´s last blog ..Hadiah Yang Keciciran =-.

  10. Pnut says:

    kalau dalam family akak, org bizibodi/kecoh ni kami panggil pah bedah..eheheheh

    sekali kalo hubby sendiri pun sebok akak cakap, alahai pahbedah la u..ahahah
    .-= Pnut´s last blog ..Beli Rumah =-.

  11. retna says:

    ermmm… nak kata apa lagi ek?? erkk…
    .-= retna´s last blog ..Bila ‘bapak’ dan ‘anak’ burung melalak =-.

  12. Eena says:

    Salam Mya..persetankanla org2 yg sebegitu….life goes on..orang2 mcm ni x boleh tgk org lain senang or bahagia daripada dia je….kita teruskan je life as it is….i’m one of your SR and i x de blog…but u can find me in facebook yea..btw..nk tgk la entry berpassword u tu…adakah cerita itu pasal si polan ittew..?winking

  13. green apple says:

    How did they derive the word KAKNAM tu pun aku tak tau.
    .-= green apple´s last blog ..15 =-.