Selamat Pengantin Baru Che Tat & Adilah

hari ahad pergi shah alam. dengan misi untuk menghadiri wedding che tat & adilah.
tapi oleh sebab semalamnya kami laki bini tidur pukul 2.30 pagi lebih sikit, so hari ahad tu kesiangan sudah.
tepat pukul 12 tengah hari baru bangun. cena?
tu yang tersentap dengan status si nikolas.
‘anak sapa la baru bangun nie’.

terus lompat dari katil, mandi dan siap-siap segala.
zasss ke shah alam sana.
tapi kami adalah sesat barat. semua sebab gara-gara kecik nauuu map yang che tat bagi. sebab amik kat facebook.
bila nak enlarge kan map tu, gambar jadi pecah.
lalu bagaimanalah????

tapi nasib baik encik z bijak laksana kancil.
berdesup zass cilok sana sini, akhirnya selamat la sampai ke jalan cili.

oleh sebab dah dekat kul 3 masa tu, pengantin pun dah siap bersanding.
dah siap makan segala. tengah layan borak dengan tetamu, lalu kami pun terus menghampiri je lah.
borak kejap pong pang prot pet, lalu mengambil gambar.

sila keji aku kerana tidak memakai baju kurung.
keji keji keji. heh.

DSCN0123

lepas tu diorang punya photog offer untuk amikkan gambar kami berempat.
baik sungguh. sebab selalu pun kita yang kena mintak tolong photog tu amikkan.
sebab mereka pasti mengutamakan kamera mereka je kan.
haaa yang nie lain. dia yang offer. so, ada lah gambar kami ber4 gitu.

DSCN0125

lepas bergambar, apa laga. makan time!
perut memasing dah keriuk keriak dah.
ada ayam yang ala-ala lemonrose. setappp..
pastu aku makan ABC lak. sukerrr…

DSCN0126

tapi kitorang punya tempat duduk tak strategik la.
bebetul sebelah speaker tempat orang karaoke.
so mendapat la telinga pekak sekejap. heh.
duduk dalam 40 minit gitu, pastu aku dengan encik z pun bergerak pulang.

eh che tat, u punya blog apa cerita? hidup lagi kah?
pepenat i tunjuk ajar tau. :p

4 thoughts on “Selamat Pengantin Baru Che Tat & Adilah

Comments are closed.