Resepi 3 Jenis Sambal

hari nie aku nak share 3 resepi. wah share la sangat.
walhal korang semua ntah-ntah dah masak masakan nie sebanyak lapanploh kali.
aku je baru-baru nak cuba.

tapi kan sharing is caring. mana la nak tau ada yang tak pernah cuba ke kan.
aku nie walaupun tak pandai masak, tapi aku memang mencuba dengan bersungguh.
especially bab masak lauk pauk.
kalau kek & kuih muih aku kureng sikit.

resepi yang pertama ialah Sambal Goreng Ikan Bilis & Tempe

Bahan-Bahan
– 1 peket tempe
– 1 cawan ikan bilis
– 1 sudu besar jus limau ataupun cuka
– 1/2 cawan minyak masak
– 1 sudu kecil gula
– garam secukup rasa
– 20 tangkai cili kering (dikisar)
– 1 labu bawang besar (dikisar)
– 2 ulas bawang putih (dikisar)

Cara Membuat
1. Tempe dipotong kecil & digoreng garing
2. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan masukkan jus limau ataupun cuka
3. Masukkan garam dan gula
4. Apabila naik minyak, masukkan ikan bilis dan tempe
5. Gaul rata dan angkat dari kuali
6. Sedia dihidangkan

DSCN0112
: : ambik gambar pakai flash, tu yang tak terasa hensem sambal nie : :

Tip
Tempe dapat memperbaiki sistem imun, membentuk vitamin menyahaktifkan agen barah, mengawal kolesterol dan paras hormon serta membantu penghasilan enzim pengurai susu.

Aku lebih prefer makan tempe goreng compare dengan tempe dimasak masakan lain. Cuma campur kunyit dan garam, goreng.
makan rangup-rangup cicah dengan sambal kicap campur cili padi.
perghhhh….

Resepi yang kedua pula ialah Sambal Terung

Bahan-bahan
– 2 biji terung panjang
– 1 sudu kecil serbuk kunyit
– 1 labu bawang besar (dihiris)
– 1 cawan minyak masak
– garam secukup rasa
– 2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
– 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
– 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
– 10 cili tangkai kering (dikisar)

Cara membuat
1. Terung dipotong pendek dan dikelar tengah
2. Gaulkan terung dengan kunyit dan garam
3. Panaskan minyak dan goreng terung hingga garing
Angkat dan ketepikan
4. Asingkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga naik minyak
5. Masukkan terung, bawang besar dan garam. Kemudian kacau rata
6. Sedia dihidangkan

Tip
Terung boleh melangsingkan badan dan dapat mengendurkan urat saraf serta mempertahankan tekanan darah supaya stabil

DSCN0116

dulu aku pernah buat terung goreng biasa jer.
kali nie aku up dengan sambal. sila kagum yerh. he he..

dan resepi yang ketiga ialah Sambal Kicap Pedas.

Bahan-bahan
– 5 biji cili merah
– 7 biji cili api
– 2 labu bawang besar
– 6 biji limau kasturi
– 1/2 cawan kicap
– garam secukup rasa

Cara membuat
1. Cili merah dan cili api dihiris halus
2. Bawang besar dipotong dadu kecil
3. Masukkan semua bahan yang dipotong ke dalam mangkuk
4. Perahkan limau kasturi
5. Tuangkan kicap dan gaul rata
6. Hidangkan dengan ikan bakar dan ulam-ulaman

DSCN0139

Tip
Cili merah mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal dan sekaligus menghalang sejenis penyakit darah beku yang dikenali sebagai trombosis

semua kuantiti bahan-bahan di atas just untuk panduan sajork yer.
boleh diubahsuai mengikut tekak masing-masing.

masa aku buat sambal kicap pedas tu kan, licin encik z bedal.
dia kata sedap. heeeee… walaupun sambal itu boleh terdapat di banyak kedai makan kan…
tapi taktau la pujian tu ikhlas ke tak. hohoh..

tapi kan, aku dah tak boleh nak makan pedas-pedas buat masa nie.
semua pun gara-gara penyakit yang aku kena baru-baru ni la.
kena puasa pedas dulu lorhh… sob sob… 🙁

8 thoughts on “Resepi 3 Jenis Sambal

  1. mya
    terung is my pebret .
    kalau rasa malas nak guna cili kering,sila guna cilipadi
    potong² cilipadi tu ..then masak jek ikut step ko tuh.
    mmg terangkatttttt hehehhe

Comments are closed.