Perlis oh Perlis

aku sampai KL semalam kul 3 pagi gitu.
percutian ke perlis adalah amat amat amat best tidak terperi.
walaupun kepenatan terlampau tapi kegembiraan mengatasi segala-galanya.
cewahh.. ayat poyo poyo je kan.

tapi seriusly, memang best sangat.
apa yang jadi best sebab kami empat-empat ketul tak pernah jejak kaki ke negara perlis indera kayangan itu.
tu sebab la semua teruja berganda.
eh, aku tak bagitau pun aku bercuti dengan sapa ek..
sapa lagi kalau bukan dengan encik z, dan 2 adik tiri aku yang porque iaitu payiet & nikolas la.

boleh dikatakan semua tempat yang aku dah set nak pegi, semua pun dapat pegi.
cuma…. cuma…. ermm.. nanti-nanti la story. tsktsktsk…

kami bertolak hari jumaat lepas office. eh, takde la lepas office sangat.
habis office kul 6 petang, terus shoot ke lanai sana untuk mandi kat gym.
pastu baru bertolak. stop kat R & R rawang untuk makan.
aku makan mee goreng yang tawar habiaq tapi pedas sesungguh.
terbakar bibir ai yang mungil ini.

encik z drive all the way dari KL sampai la ke bukit merah sana.
baru tukar driver. payiet lak drive. dah exit tol alor setar, aku terjaga sudah.
langsung nemanin payiet berborak-borak.
sampai kat alor setar, perut aku memulas-mulas. adoiyaiiii….
di tengah gelap gulita tu, carik la petrol pam. stop kat petronas.

toilet kat situ busyuknyaaaa… sampai nak termuntah okkkk…
tapi sebab mikir perut aku sudah tidak tertahan lagik, tahan napas je laaaa….
apa la aku makan ek sampai sakit perut cenggitu.
aku jarang sakit perut tengah malam. selalu pun mesti pepagi jer. sob sob…

kami selamat sampai kat arau pukul 4 pagi.
berpusing-pusing cari hotel yang sewa by hour. tapi takdak.
pastu tengok signboard ke kangar cuma 9km, kami pun zass je la ke kangar sana.
mati-mati la aku ingatkan dari arau ke kangar tu jauh.
sebab dalam peta kemain jauh nampaknya. rupanya dekat sajorkk. heh.

kat kangar pun jenuh kami pusing carik hotel yang leh sewa by hour.
bukan apa, sebab awal-awal pagi nanti kami terus nak ke tempat-tempat yang telah dirancang.
rugi la pulak kalau bayar untuk 1 hari. tapi duduknya beberapa jam je kan. tul dok?

tapi tanya 3,4 hotel. semua pun takde by hour.
ujung-ujung kan.. kitorang tidur dalam myavi jer. myavi = kereta myvi ku yang berwarna hijau.
tapi leh lak payiet parking cantekkk punya sebelah longkang.
sorang kena gigit nyamuk kat kaki, sorang kena gigit kat telinga. adoi…

kul 6 lebih gitu, terus gerak ke masjid berdekatan, wash up segala.
kemudian ke KFC untuk breakfast.
semasa breakfast, sempat lagi online dengan kaktin. siap berweb cam segala.
awal ko bangun kak?

IMG_2496

DSCN0163

DSCN0164

dari KFC kami terus zassss ke destinasi pertama.
kena tunggu next entry la ek…

tapi kan… cerita kat hanoi pun tak habis lagik.
nie nak up pulak dengan cerita perlis. cena????

18 thoughts on “Perlis oh Perlis

  1. Selang seli la ngn citer Hanoi…
    Citer Perlis pn nk gak tau apa yang best bebenor tu..:-)

  2. aah la kak..saya tertgu la cite kat hanoi tue..confused sekejap sama ada cite tue dh abis or ada smbgan lg..or sy yg dh missed..akak zass la semua cite dlm 1 arie tak bole ke??hehehehehe

    • k.e.r.j.a.s.a.m.a!

      wonderpets? akak cop jadi tikus!!! *tetiba teringat tikus yang busuk di taman ular. uwekk

Comments are closed.