Pergi Membeli Kipas Lipas

EDITED : makan-makan nie sempena payiet last day kat office dia sekarang.
dia akan berpindah ke office. bye nyah… selamat jalan..
semoga gembira di tempat baru. jangan lupakan kami di sini.. hu hu…

ini cerita minggu sudah.
kaktin ngajak aku ke the mall sana kerana hendak membelikan kipas lipas untuk aku. tapi bukan dia yang bagi la.
ada orang sudah bagi mandat kat dia, suruh belikan aku kipas sempena hadiah kahwin aku.
jadi kaktin yang baik hati lagi berbudi tu ngajak aku pergi sendiri.
senang buat pilihan terus.

tapi seperti biasa, asal kitorang nak keluar jauh sikit, pasti 2 adik-adik tiri sibuk nak membontoti jugak.
tak bagi ikut kang, sentap menyentap pulak.
so beramai-ramai lah kami ke the mall dengan menaiki wira turbo kaktin yang vroom vroom bunyi dia.

tapi sebelum pergi membeli kipas lipas, kami makan dulu kat kenny rogers.
nak pilih tempat makan pun punya lah payah.
terpaksa tarik rambut palsu, terpaksa pijak perut dan terpaksa gigit telinga masing-masing dulu.
dan kemudian baru lah dapat kata sepakat.

oleh sebab kaktin paling kertu antara kami, jadi dia diberi kuasa mutlak untuk memilih menu di hari kejadian.
aku tak order air sebab lepas makan aku nak beli ice blended starbucks. yum yumm…

inilah menu utama kami. ayam setongkol namanya.
tapi dah dipotong-potong. so amik la kami seorang seketul.

side dishes nie pun kuasa veto kaktin jugak.
oleh sebab dia terasa nak makan buah-buahan banyak, tu yang ada 2 mangkuk hayun buah.

lepas kenyang perut suka hati, kami pun ke agenda utama dalam ini cerita.
iaitu membeli kipas lipas. kami ke SenQ sana.
oleh sebab uwang ringgit di tangan kaktin, jadi dia dulu yang membelek kipas mana yang sempurna untuk dibeli. begitu.

sementara kaktin memilih, kami adik-adik yang porque menonton konsert celion dion. feel feel kat rumah sendiri kan.
aterrr, kat rumah mak tv kecik uolls. tak puas menatap.
kat sini tv besar, dengan sound system segala.

aku tak minat sangat celine dion ni tapi mengakui la suara dia memang terhaibat..
dan aku suka sangat lagu it’s all coming back to me now.

But if I touch you like this
And if you kiss me like that
It was so long ago
But it’s all coming back to me
If you touch me like this
And if I kiss you like that
It was gone with the wind
But it’s all coming back to me

dan akhirnya aku telah memilih kipas berdiri bertajuk sharp berwarna maroon.
tapi boleh pulak adik jualan tu kata takde plastik nak bungkus kipas ni?
terpaksa la paksa nikolas mengheret kipas tu.
nasib baik beliau gagah seperti badang. he he he…

dan hadiah itu datangnya dari kak adina ayu!
thank u kakakkkkk…
memang aku yang dengan tak malunya mintak hadiah kipas kat dia.
boleh??? he he..
thanks kak ayu ek.. nanti ada masa kita gi makan together-gether yerh..

sebelum pulang, nikolas telah membekalkan kami kakak-kakak tiri seketul hidangan auntie anne’s yang lazat.
first time aku rasa flavour yang nie.
selalu pun aku beli cinnamon sugar saja.

DSCN0100

tapi kan nikolas, awak ingat awak bagi auntie anne’s kat kaktin, dia nak hantar awak depan office awak sana? takde kan.
kat simpang jugak dia turutkan awak! ha ha ha (sendiri buat lawak sendiri gelak)

ok dah tu jer. so sekarang saya sudah ada kipas di dalam bilik tetamu.
sukerrr.. 😉

8 thoughts on “Pergi Membeli Kipas Lipas

  1. kipas berdiri tuh digelar kipas lipas erk..hehehe!..awal2 baca n3 nie aku dok membayangkan bagaimana rupa paras kipas lipas itu.. 😉

Comments are closed.