Keletah Caca, Keletah Yaya

cam dah lama je tak cerita pasal perkembangan yaya kat sini ek?
ermmm..
yaya dah masuk 6 tahun. tapi tak 6 tahun sepenuhnya la.
aterrr dia lahir bulan oktober kan.

takde banyak songeh dah. nangis pun dah jarang.
cuma bila bab lepas bangun tidur tu, cam merengek-rengek gak la tapi masih boleh dikawal.
masih lagi minum botol.
tapi dia janji kata umur 7 tahun nak stop.
sebab aku tunjuk kat plastik susu tu, 4 5 6.
so maknanya budak 7 tahun dah tak minum susu gitu. boleh?

pelajaran so far so good. nak kata cemerlang haibatt sangat tak lah.
nak kata selow melow pun tak jugak.
kira sedang-sedang saja. cam apak dan omaknya jugak la kot.
aku pun takde la nak push dia sangat buat itu ini.
atas keselesaan dia jugak lah.

ada yang dok tanya-tanya aku. taknak ke bawak yaya duduk KL.
gila kau aku taknak. tapi aku kena waras jugak lah.
tak boleh selfish.
dah 6 tahun dia duduk dengan mama. mama jaga dia.
cam kejam la tetiba aku nak ambik dia macam tu jer.
takpe. aku berkorban. aku selesa je dengan keadaan gini walaupun rindu dendam membara-bara terkoyak dada.
tapi aku yang kena lalu semua nie. so orang lain tak payah la jadi kaknam tanya itu ini. okeyy?

DSCN0057

baju yang yaya pakai nie sebenarnya baju caca.
tapi memandangkan caca yang babbab, sudah tidak memuat memakai jadi baju itu dilanting pada yaya.

baju vietnam merah putih tu pulak aku beli untuk caca.
untuk yaya pun ada jugak.
ingatkan nak simpan untuk raya nanti.
so raya boleh buat tema merah putih.
tapi nampak gayanya tak dapek la.
tu pun caca pakai sudah sendat-sendat perut.
caca, mommy rasa awak kena diet la. heh.

DSCN0056

perkembangan caca pulak, pun berjalan lancar.
sekarang nie dia suka nyanyi lagu.
ada satu lagu tu dia ubah lirik sesuka hati… comel jer…

cik baba jatuh dalam parit
cik aminah ketawa jerit-jerit
naik kereta api singgah kuala lumpur
jumpa caca comel tercelit bawah dapur

caca comel peginya kan….

haaa pastu lagu nie…

ya ya yu, yu yu mi…

jenuh aku dok pikir lagu apakah dia nyanyi..
lagu jepun kah? lagu korea kah? rupa-rupanya…

i love u, u love me…

sabar je laaa..

so kaklong & abang long… bila nak bagi caca adik? *tetiba

12 thoughts on “Keletah Caca, Keletah Yaya

  1. my anak buah tahun nih darjah 1..last year siap mak apaknya tunjuk susu 4,5,6 tuh..taat setia janji tk mau isap botol lagikk..nyudehnya sampai skg duk nyetel botol lg..dia tgok adik dia isap botol depan dia..ilang sabar..yg bonarnya bapaknya cian plak tengok anak monyok tk dapek isap botol..cuma skg nie jarang2..juz blk dr sekolah n malam je..slow2 dolu lelama berhenti ler tuh bila dah malu ngan kawan2 tahu..;)
    .-= Nur´s last blog ..Keajaiban Bulan Febuari… =-.

Comments are closed.