Jenis-jenis orang di Facebook

korang dah baca blog kaksenduk hari nie?  kalau belum pergi baca dulu.
tapi baca kat
entry nie jer.
sebab berkaitan jugak dengan entry aku.

dah baca? ok jom baca entry aku pulak.

korang ada facebook? harus ada ye dak? zaman sekarang ada ke yang takde facebook?
encik z yang takde facebook tu pun aku paksarela suh bukak gak.
tapi dengan syarat, semua friend dia kena friend dengan aku. boleh? heee..

apa tujuan korang bukak facebook?

A. untuk mencari kawan lama
B. untuk mencari jodoh
C. untuk bz body dengan life kawan-kawan
D. untuk mencerca status orang
E. semua di atas

aku bukak facebook sebab networking. ok la nak cari kawan-kawan lama jugak.
tapi seriusly aku jarang sangat nak bukak tengok status & gambar orang.
kalau orang yang tak berapa kenal, aku memang hide je status diorang.
nama pun tak berapa nak kenal, idok ler aku rajin nak belek satu-satu gambar dema.
friends pun dah lebih 500 orang sekarang, nak bukak sorang-sorang maupun lapanploh hari tak habis.

dan pada orang yang aku tak berapa kenal, aku memang takkan komen kat status ataupun gambar diorang.
sebab takut tersilap komen, ada hati yang tersinggung.
so better lepas baca, aku duduk diam-diam sudeh.
tapi aku tak berapa nak paham pada orang yang boleh komen kat status dan gambar aku cam tanpa rasa bersalah.
tak pikir dulu ke sebelum komen eh?

nie aku bagi contoh komen yang sepatut dan tak sepatutnya

status : pukul 9 pagi karang ada exam accounting…

komen yang sepatutnya : good luck!
komen yang tak sepatutnya : ko mesti kantoi punyalah. wakakkaa..

status : kami laki bini terdampar kepenatan kerana baru lepas mengemas satu rumah.

komen yang sepatutnya : apa yang penting, kerjasama!
komen yang tak sepatutnya : kepenatan sebab kemas rumah ke, atau penat sebab baru main 3 round? wakakkaa..

status : semalam accident! kaki ku luka.

komen yang sepatutnya : get well soon
komen yang tak sepatutnya : hidup lagi ko. ingat dah arwah

cukup lah 3 contoh di atas. maksudnya semua sama.
sebelum kau nak komen status orang, kau perati la dulu kiri kanan.
semua yang ada facebook nie pun rata-rata dah dewasa, dah matang nak pikir mana komen membina, mana komen memalukan.

oh, lagi satu. apa ciri-ciri yang membuat kau akan add orang atau mengapprovekan orang di facebook? maksud aku selain dari orang yang kau kenal lah.
adakah kau tengok dia handsome kacak dan lawa, lalu kau add?
atau kau macam aku, main approve je siapa yang add?

aku tak kisah nak approve sesiapa pun selagi orang tu tak menyakitkan hati aku dengan komen diorang.
setakat nie aku dah remove 2 orang dari facebook aku sebab komen-komen diorang pada status aku sangatlah annoying.

tapi aku jugak pernah diremove yer dari facebook.
seingat aku 4 kali aku kena remove.
dan aku perasan aku diremove of coz sebab keempat-empatnya pernah jadi kawan aku.
maksudnya bila diorang remove tu, diorang dah taknak kawan dengan aku la kan?
bukan takat di facebook, tapi di dunia luar jugak.

ok fine. kita pun bukan boleh paksa orang nak kawan dengan kita ye tak?
tapi yang paling tak boleh blaa salah sorang nie, lepas remove siap report/block aku lagi. heh. kelakar sangat la rasanya.
walhal dulu kau yang add aku. kau yang gedik-gedik nak ikut aku pergi sana sini.
tapi bila rahsia kau terbongkar, kau malu sendiri terus remove aku. kan?

tak kisah lah. aku pun tak hadap orang nak kawan dengan aku.
siapa nak kawan, marilah kita berkawan.
siapa taknak, sila kau pergi jauh-jauh di sana.
ada aku kisah? heh.

16 thoughts on “Jenis-jenis orang di Facebook

    • haaa kau pun pernah kena remove kan? kesian la kak orang tu.
      dia ingat kita nie sibuk nak amik tau hal dia ke pun? kesian kesian..

  1. ako berfacebook sebab nak trace kengkawan lama.. alhamdlilah dapat gak jumpa kawan dr sek rendah, senior2 dan junior ehehhe 😉

  2. Kiter join FB pun mulanyer sesuka jer.. Org ada FB awak pun nak la gak.. but then lelama bila jumpa kengkwan lama (including la Mya) syok plak.. so maintain la.. Kiter hanya akan mengkomen status or gambar org yang betul2 dikenali & betul2 mengenali kiter or else.. silent reader jer la 🙂

  3. perlu ke nak melahar sesaja dalam fb?! sakit ke hapa? demam? sakit tekak? sakit buku lali? atau mmg hobi sejak dibangku skola melahar org? sian

    mmg patut dibuang daerah la nyah. sapa suh ngomen main taram je kan. kekadang dia hengat klako la sangat, tapi sbenarnya nyakitkan hatik, cena?
    .-= payiet82´s last blog ..Babai my opis =-.

    • selalunya orang gini dia tak perasan yang dia dah menyakitkan ati orang.
      konon2 dia cas gurauan. tapi gurauan ke laut. heh

  4. aku pun ada sorang mahkluk ni.. aku duk perati jer dia tu, memang sejak dia pandai berFB ni, sampai ke sudah dia tak add aku.. kawan2 kat keliling aku semua dia dah add…

    Manusia tak kenang budi camni, mmg aku tak heran.. lantak ler nak jadi apa..
    .-= sWeEtDaRLinG´s last blog ..Hadiah Yang Keciciran =-.

    • ada gak member yang memang aku kenal, aku add.
      tapi sampai ke sudah dia tak accept. so kita paham sendiri la. dia memang namo kawan dgn kita kan

  5. kami rasa kami tak termasuk dalam mana-mana kategori di atas pun. Ha ha ha..

    Eeerrr kami pun pernah remove hangpa di FB apa.. hiks

Comments are closed.