Ayam Penyet & Universiti Yang Bermomok

jangan nak berspeku speku pulak yer kenapa aku dan encik z tidur pukul 2.30 pagi hari sabtu malam tu.
korang tu bukan boleh, sesikit nak speku. sesikit nak speku.

kami tidur lambat sebab gi nonton midnite la uolls.
memula plan nak nonton kul 10 malam punya.
tapi petang tu encik z keluar. kul 8 lebih baru dia balik rumah.
dengan nak siap apa segala, aku cakap mesti tak sempat.
dah la aku kelaparan tahap kopa kabana. aku nak makan luuuu…

tempat tontonan seperti biasa, mbo galaxy ampang.
sampai sana kul 9.15 malam.
lepas timbang tara, kami beli tiket kul 12 tengah malam.
dah la nak nonton filem momok bertajuk universiti-universiti yang bermomok atau bahasa inggerisnya the haunted universities.

emy, awak nampak akak kah di sana?
awat tak tegur-teguran? hu hu..

kebetulan hari tu tekak aku terasa rasa nau nak makan ayam penyet, so ajak encik z ke wong solo. sib baik kitorang tak amik show kul 10malam tu.
memang tak sempat punya.
sebab manusia adalah meramai di situ.

zie, selalu awak bagi akak terliur dengan ayam-ayam penyet awak kan..
kali nie akak bagi awak lak terliur. sila terliur. he he..

DSCN0118

aku amik jus semangka atau bahasa melayu bakunya ialah tembikai.
encik z minum sirap limau.
tapi sudahnya sirap limau tu yang sedut berdesup-desup. setappp la pulak..

DSCN0120

DSCN0122
: : sekadar gambar hiasan : :

oleh sebab wong solo nie tutup pukul 11malam, jadi nak taknak kami terpaksa la jugak berambus dari situ.
lagi satu jam nih weh. so decide mau melepak di mamak.
minum kopi o kaw kaw nak bagi mata terbeliak.
kang tak pasal-pasal tertidur lagi kat dalam wayang.
bukan tak pernah aku tertidur. cam 3,4 minit terlelap gitu.
pastu bila terjaga, terus pening pening lalat dan tak paham cerita.
dah tu mula la nak maki pengarah, walhal diri sendiri yang tak fokus kan..

sinopsis : Thailand has an abundance of urban legends and horror stories about its universities. The movie tells of one main character that leads the audience into four different urban legends. The urban legends are experienced by different students, which are related to their fields of study. Watch how urban legends such as The Red Elevator, Vanishing Corpse, and murdered girl crawling to life to deliver food to a friend, among others, come to life in this horror movie.

dan filem pun bermula…..

dalam filem nie ada 4 kisah tau. kisah yang berlainan tapi ada satu watak perempuan dijadikan sebagai sandaran untuk mengaitkan keempat-empat kisah begitu.

kisah yang pertama tentang pelajar universiti yang mati bunuh diri dalam toilet kat tingkat 5 salah satu universiti.

kisah kedua pulak mengisahkan tentang beberapa orang pelajar yang mati kena bunuh dalam lif sebab diorang memberontak di universiti. so lif itu sudah berhantu.

kisah ketiga tentang mayat yang hidup di dalam bilik mayat lalu mengusik seorang pelajar universiti yang sukarela gantikan shift pak guard kat situ.

dan kisah keempat tentang pelajar universiti perempuan yang mati kena bunuh dengan kejamnya oleh 2 orang mamat saiko yang terhapa-hapa ntah. tapi pelakon perempuan tu cantik sangat. mix la aku rasa.

suprisingly aku tak tertidur langsung!
hah ini menujukkan jiwa raga aku boleh terima la ini pilem.
so korang apa laga, sila lah berkunjung ke panggung wayang berdekatan untuk menonton filem univeristi-universiti yang bermomok ini.

sebagai permulaan, boleh klik link di bawah untuk nonton trailer.
selamat mentonton! 😀

Haunted Universities

8 thoughts on “Ayam Penyet & Universiti Yang Bermomok

  1. Haiyo kalo di upah pon mek tak pi tgk criter hantu kat panggung uolls, kang balik mengigau sensorang, eh ada ke ngigau berduet? bantaiiiii

    Ps: dah terlanjur ko ungkit pasal ayam penyet , leh la kita beramai ramai ke sana wiken nih *konon

  2. Kami sejak kawen dah lama x p nonton wayang. Patutnya tadak hal sebab buleh tengok show tmalam-malam juga..

  3. mya… aku terliur ayam penyek. nnti akan bukak kat klcc.
    akan ku terjah very very soon.
    nampak mcm sedapppppppp sgt.

  4. ekekekeke….
    maslaahnyer sy x nmpak akak…hampa jadinya hehe
    kalo kenal pasti siapa en z tu, pasti kite bertemu mata aritu kan 🙂

    xpela…next time sy tegur kalo nmpak akak eh

Comments are closed.