9 : Halong Bay Yang Terindah

cerita hanoi tak khatam-khatam lagi ni.
tapi hati sudah meronta nak update cerita kat perlis.
cena cena cena????

kalau agak-agak ada yang penasaran, korang gi la baca blog nikolas & payiet dulu. dah berpart part diorang tulis. semua pun lawak-lawak ajer.

ok sambungan cerita di hanoi.
hari ketiga. pepagi alam dah bangun dan teruja lebih.
sebab hari tu nak naik bot menikmati keindahan dan kecantikan halong bay yang sering aku lihat dan baca di internet. ceyyyy.. ayat nak best best je kan. eventhooo..

pepagi breakfast dulu. tapi makan roti bakar sajork.
nak makan bebenda lain tak berani. tetiba teringat peristiwa di bangkok dulu.
hu hu hu.

IMG_3594

check out dan terus menuju ke jeti sana untuk menaiki bot.
masa nie hujan memang dah ala-ala melebat tak lebat.
cam frust jugak la rasa di hati.. mesti tak berapa nampak keindahan panorama halong bay. hu hu.

dan masa nie jugaklah kasut sarung HP aku tu dah tercabut tapaknya.
adoiyaiii.. tapi nasib baik gak la tercabot masa masih dalam van.
kalau tercabot kat atas bot, cena? sapa nak jawab..

DSCN0131

tapi ketika artikel ini ditaip, kasut itu telah selamat dijahit.
selagi boleh guna, kita guna arrr… rugi oo beli memahal nak campak gitu saja kan..

tapi walau kasut tercabot, muka ada sinyummmm jugak.

IMG_3596

masuk-masuk dalam bot, terus pakai sarung tangan.
kesejukan tidak terperi okkk.

IMG_3598

pastu mula lah cari sudut-sudut untuk bergambar.
pendek kata atas bot tu, bergambar sesadoooo…

IMG_3605

oh yer, dalam bot nie cuma aku, encik z & pham.
dan tak silap dalam 3,4 orang anak kapal. wah anak kapal katanya.
sebab aku amik pakej private. so harus tak campur dengan orang lain.

IMG_3606
: : pham dan encik z sedang menikmati teh panas : :

selebihnya, kami menikmati masa keemasan bersama-sama.
best tau duduk kat luar bot sambil berpeluk-peluk.
menikmati keindahan halong bay yang super duper amazing.
berbual-bual sambil membincangkan rancangan masa depan..
awwww….

oh dan aku pun merasa sangat bertuah sebab encik z mengsnap gambar-gambar aku semua tanpa disuruh-suruh.
maksudnya, bukan senang la kau nak suruh husband kau snap sana, snap sini.
mungkin beliau terbawak-bawak tugas sebagai photographer kat office kot.
tak kisah la, janji ada gambar kan..

IMG_3628

IMG_3661

IMG_3662
: : suka gambar nie : :

cuaca makin lama makin sejuk……
dah la hujan, angin bertiup lagik. menggigil kepala lutut.
tak silap aku dah dekat 10darjah celcius masa nie.

mana la aku nak sangka akan jadi sebegini sejuk.
kalau aku tau la, harus aku beli jaket bulu-bulu tu.
boleh feel-feel paris hilton kan.
ini bergantung la kat jaket murahan itu. nasib nasib..

IMG_3633

IMG_3649

IMG_3663

dalam sejam lebih gitu bot bergerak, pastu sampai la kami ke penghujung sinun.
dan cuaca makin makin sejuk. hujan masih menurun.
menurun? heh.

IMG_3669

hanoi

gambar nie pun aku suka ah. cam merenung jauh gituuuuu.
yang sebenarnya masa nie tetiba rindu sangat kat yaya.
sob sob…

IMG_3638

kisah seterusnya adalah memasuki gua.
cam biasa korang tunggu la forever ek… hikss…

14 thoughts on “9 : Halong Bay Yang Terindah

Comments are closed.