rasanya entry nie paling banyakkkk gambar kot.
so agak-agak kau nak termuntah darah ke, termuntah hijau ke sila sediakan tong sampah di tepi yer.
sebarang side effect aku tak jamin eh.
dari quanh thanh temple, kami ke temple of literature.
eh actually sebelum tu ke hochiminh mausoleum & his former residence.
kemudian ke one pillar pagoda.
tapi sebab takde gambar disnap oleh hal-hal yang tak dapat dielakkan, so aku hold dulu la cerita tu. okay?
temple of literature nie adalah universiti nasional pertama yang dibina di vietnam pada tahun 1070.
ramai cendekiawan dan bijak pandai semua pun datangnya dari sini.
sebab bukan senang nak masuk universiti ni.
kau kena melepasi beberapa jenis peperiksaan.
apa yang menjadikan universiti nie lebih hebat ialah kau tak boleh bawak masuk buku nota atau pun alat tulis.
konsepnya adalah kau kena dengar apa cikgu ajar.
ingat dan masuk dalam kepala.
bila dah usai kelas, baru kau salin balik apa yang kau ingat tadi.
gila kentang kan? kita yang kat sekolah nie dok beria amik nota bagai, ujung-ujung ke laut jugak.
ini kan pulak tak leh salin tulis nota segala.
maksudnya kau memang kena fokus la masa cikgu mengajar.
apa yang membuatkan kami laki bini kemain renyih lagi tu?
renyih : sengih.
sebabnya pham kata turtle-turtle nie semua bawak tuah.
so pegang kepala turtle, nanti boleh dapat anak lelaki.
yo yo oo la ko kan pham. esok esok aku tak dapat anak lelaki, awasss lo.
dekat belah atas turtle nie, diorang engrave nama student yang tamat pengajian.
beserta pencapaian dan alamat mereka.
kira kalau kau melepasi segala peperiksaan, terukir lah nama kau kat sini.
ada satu kes tu kan, diorang kikis buang satu nama student nie.
pham kata, sebab student nie menipu dalam exam. hu hu hu.
universiti ini amatlah luas. so kami memang spent masa agak lama di dalam.
disertai dengan hujan yang takde tanda-tanda nak stop.
ala-ala gerimis mengundang gitu.
dah lama aku simpan angan-angan nak bergambar kat sini.
akhirnya tercapai. sukerrrrr….
cuaca masih lagi kesejukannn. hu hu.
tengok la seluar aku tu dah basah belah kaki kan.
kerana tempias dari kiri dan kanan.
apa lagi nak membebel ek?
cam dah lenguh la mulut membebel.
nak letak caption pun malas. so kau layan je la gambar yang ada ni ek..
korang perasan tak gambar kat bawah nie?
bangau bertenggek di atas turtle. ada maksud gak di situ.
tapi mak sudah keterlupaan. moleh? heee…
seluar encik z pun kebasahan jua.
menunjukkan betapa kuatnya tempias hujan ketika itu.
motip pose gini? ko ingat ko meletup? heh.
aku tau mesti korang perasan perut aku yang membuncit kan.
tu la.. dah tau perut buncit, lagi mau pakai pakaian kayak gini.
nasib ko la normaya dicerca dek orang.
ah, tapi ada aku kisah? laki mak pun tak bising.
jika kamu ke hanoi, jangan lupa kunjungi temple of literature ini.
kalau kau taknak pergi temple lain pun takpe, tapi temple nie wajib pergi!!
eh patung bangau tinggi gergasi tu kan mek pernah tgk kat mid valley, ala terkagomz gak la melihat nya.
mari kita mengkagum bersama
kiranya, kalau kaktin study kat sini…
kompom..kompom…
kompom nama kaktin takdo diukir..huahuahua
.-= TiNiE´s last blog ..kisah sikembar amar dan amira =-.
kita ukir nama kat pokok je la kak
ohh yeke? baru saya tau kat uni nih lahir ramai org bijak pandai….
regards,
Triplesmiley
.-= sofia´s last blog ..Aku Bersumpah…ke Disumpah?? =-.
mengikut kata tour guide kami begitulah
sebab tu student2 kat sana pandai.. sebab bila kita menulis, kita akan ingat apa yang kita tulis, banding dengan tulis yang sambil lalu bak angin bayu, sudahnya nota tu ke mana, koyak buat kapalterang sudah… hehe
.-= sWeEtdARLinG´s last blog ..[Coret] Ngamuk =-.
tu la pasal kann
Cikgu!!! (sambil angkat tangan nak tanya soalan)
Kenapa banyak sangat penyu/kura-kura kat negara ni??
errr… errr.. nanti chegu tanya chegu besar yerr
sinonim agaknya negara nie ngan spesis turtle-turtle nih erk..
.-= Nur´s last blog ..Selamat Pengantin Baru…Asreeq & Abby =-.
mungkin
entry ‘salah’. mau baca boleh kah?
dah dapat password kan