4 : Masih di Hanoi

dari tasik kami menapak ke hotel.
see… kan aku dah habaq kata tasik hoan kiem nie bebetul tengah bandar hanoi.
dari tasik ke hotel adalah lebih kurang 15 minit gitu jalan kaki.

sebelum bergerak, mari kita berposing dulu.
korang nampak je cam aku bergambar sensorang kan, tapi sebenarnya ada banyak je gambar dengan encik z.
tapi aku pilih-pilih la gak nak letak sini.
kata nie blog aku kan. bukan blog encik z.

IMG_3436

mengikut kata tour guide tu, tugu nie melambangkan keberanian dan semangat penduduk vietnam dalam mempertahankan negara mereka.
tidak kira lelaki mau pun perempuan, sama-sama bergabung tenaga menentang musuh gitu.

IMG_3437

kami lalu jalan shortcut nak ke hotel.
iaitu melalui pasar mereka.
kat sini lah peristiwa encik z punya kamera punya cover punya lensa telah jatuh dalam longkang.
lalu dibawa arus yang deras. hu hu.

astaga, mantapnya punggungku *tetiba.
kepada readers di bawah usia 18 tahun, sila tutup mata anda.

oh yer, baju itu saya beli di miss read *sekali lagi tetiba.

IMG_3440

pelik kan sayur nie? eh sayur ke buah ntah?

IMG_3442

pastu rasa comel je tengok herba rempah nie semua.
diikat letak elok-elok dalam uncang, pastu dilabelkan.

IMG_3443

IMG_3446

haaa nie lah contoh bangunan yang aku bagitau hari tu.
cer korang tengok. kan tapak kelebarannya adalah kecil.
pastu tinggi melangit. cam tak stabil pun ada kan..
mengikut kata tour guide, bangunan jadik begini sebab tanah kat hanoi adalah mahal. so semua beli tanah kekecik, tapi buat 4 atau 5 tingkat gitu.

IMG_3439

ok bersambung lagik. hu hu…

6 thoughts on “4 : Masih di Hanoi

  1. beli dekat ms. read… hehehe… saya pun beli baju kat situ… sebab apa tau… kat situ jer yang senang nak carik saiz untuk badan “obes” saya nih…. adakah maya pun dah menggemuk???? jengjengjeng…. takderlah.. saiz kecil pun ada kan kat situ….

    • memang badan naik bagai dipam2 skang ni puan mariah oiii.. adehh..

      haaa, tapi saiz kecik pun ada gak kat sini *statement sedapkan hati kekdahnya

Comments are closed.