dah puas berbeca, kami menapak ke seberang jalan untuk ke hoan kiem lake pulak. masa nampak je jambatan merah tu kan, i was like……
1. adakah aku bermimpi di siang hari?
2. adakah aku bermimpi di malam hari?
3. adakah aku berada di dalam angan-angan..
punya la rasa tak percaya yang aku dah selamat sampai kat sini.
iskkk… terus cubit-cubit pipi untuk mengejutkan diri dari lamunan.
dah lama oooo aku simpan angan-angan nak datang sini.
alhamdulillah, terkabul. syukurr…
dulu kan. aku berangan nak pergi tasik danau toba kat medan, indonesia tu.
lamaa aku simpan impian.
bila sampai sana, rasa macam sungguh tak percaya.
dan lebih tak percaya melihat keindahan dan kecantikan tasik itu.
eh eh. tetiba aku ke laut kan.
ok ok berbalik kepada kisah hoan kiem lake ini.
tetiba aku bergambar tegak seperti menyanyi lagu negaraku.
apa kes?
mungkin teruja sangat, terus jadi statik uolls.
Hoan Kiem Lake nie bermaksuk ‘Lake of the Returned Sword’ atau direct transalation ke bahasa melayu adalah Tasik Kembalinya Pedang.
Tasik nie adalah yang paling bersejarah dan terletak di tengah bandar hanoi.
so memang senang la kalau kau datang hanoi, nak gi kat tasik nie.
tiada alasan harus diberi yer anak-anak.
Mengikut lagenda, maharaja Le Loi telah menyerahkan pedang sakti bernama
Heaven’s Will di mana akan membawa kejayaan kepada beliau untuk menentang Dinasti Chinese Ming kepada Golden Turtle God (Kim Qui) di tasik itu dan memberikan nama Hoan Kiem Lake. dulu tasik nie dikenali sebagai “Luc Thuy” yang membawa maksud “Green Water”). The Tortoise Tower (Thap Rùa) yang ada berdekatan dengan pulau kecil di tengah-tengah tasik ini dipercayai mempunyai kaitan dengan lagenda maharaja Le Loi.
kura-kura yang dipercayai spesis Rafetus swinhoei atau pun Rafetus leloii pernah dilihat di kawasan tasik ini.
wah, tetiba mak jadi chegu sejarah kan.
so camne murid-murid. faham tak pelajaran kita bab satu hari ini? heee…
hati adalah gembira kerana berjaya menjejak kaki ke atas The Huc Bridge.
korang adoo??
di seberang The Huc Bridge tu lah terdapatnya Ngoc Son Temple.
Ngoc Son juga bermaksud ‘Jade Mountain’.
of coz setiap temple di dunia nie ada sejarah, dongeng mitos tersendiri.
sama la dengan temple nie.
tapi aku dah tak ingat la ceritanya.
nak google tapi cam kemalasan.
cehhh.. ada hati nak jadi cikgu sejarah konon. podahhh…
tengok kuda nie tetiba teringat lagu kuda nyanyian sharifah aini.
masa aku part 4 kot kat politeknik port dickson lu, femes lagu nie.
pepagi je ada la member aku tuuuu mesti nak nyanyi.
kuda ku lari gagah berani…. ayuh lariii…
hai kuda ku…
kudaku lari kencang, rasa hatiku girangggg anggg anggg angggg…
dan of coz ada turtle dalam ini.
saiz nya adalah bapak lah besar.
kata tasik nie ada legenda turtle kan.
masuk dalam temple nie kena bayar.
tapi aku taktau la berapakah bayarannya sebab semua termasuk dalam pakej sudah.
berapa pakej aku amik? haaa nanti di hujung-hujung kisah hanoi nie, aku letak semua details, okeh?
aku tak paham kenapa banyak gambar gelap.
tu yang jadi lambat nak update sebab nak kena edit semua dulu.
sila blame kan kamera encik z yer… :p
turtle dalam cermin tuh..replika ke atau turtle betui yang di awet?..
.-= Nur´s last blog ..Selamat Bersara Yang Arif Dato’ Seri GSR.. =-.
replika sajork
gambar 2nd tu mmg cantik la dgn fog kat blakang…sumpah overseas!
.-= green apple´s last blog ..Random =-.
marilah mari kita ke hanoi beramai2. he he
mek slalu pi sogo naik jambatan tamparuli, tu pon mek rasa cam dalam mimpi uolls
podahhh
bestnya jalan2.. romantik gambo atas jambatan tue.. jeles nie kita x de gambo atas jambatan.. x pe sok pi tasik shah alam suh cik mya amik gambo cam tue gak hik hik hik
.-= watie´s last blog ..Kesinambungan 🙂 =-.
hik hik hik
wow, syok ekk bila ape yg diangan2kan berada di depan mata.. as they say, dreams do come true.. 😉
best baca explanation kak maya.. kita yg tak penah terpikir nak pegi Hanoi pun rasa cam nak pegi pulak.. hahaha..
.-= Miza´s last blog ..#13 – Diorang yg datang negara kita, kenapa kita yang kena cakap bahasa diorang?? =-.
haa kalau pencinta pemandangan, tasik dan sejarah.. mmg dialu2kan ke hanoi yer
ni yg tetibe teringin nk g ni hehe
.-= Masy´s last blog ..487: Entry Kacuk Yang Saling Tidak Berkaitan =-.
gi ar. buat rombongan che masy