aku tak habis lagi la upload gambar hanoi semua dalam draft. hu hu.
tapi memandangkan ada je kengkawan yang dok mengiyau-ngiyau cerita pasal kat hanoi, ok la ok. aku kasik cerita dulu episod pertama hari pertama di sana. moleh?
moleh laaa…
nanti aku selang seli dengan cerita lain, aku kasik habis jugak la..
dont worry be happy.
ok, aku dengan encik z bawak 2 beg je. satu beg tarik tu.
satu bagpack aku yang udah berkurun tidak digunakan.
sumbat-sumbat kain baju, pastu sumbat sumbat gak makanan.
tapi sebanyak mana baju kau bawak, sebanyak mana makanan kau sumbat.
kalau kau tak bawak passport, nan tiada berguna yer.
so passport dan boarding pass sebagai bahan bukti.
kang orang kata aku propa plak. kannn…
lamanya aku tak travel. sehingga tidak tahu yang air asia sudah ada seat number.
bukankah bagus jika dipraktikkan dari dahulu lagi wahai air asia?
tapi tidak mengapa. better late than never.
lebih baik lambat dari tiada apa-apa. begitu.
kami keluar rumah pukul 2.30 pagi. call cab lah apa laga.
aku sempat jugak tidur malam tu, tapi bila bangun mak aiiii pening uolls.
rasa cam pusing-pusing jer.
tapi memikirkan hanoi melambai-lambai, zap zas zus terus bangun siap-siap.
encik z lak tak tidur malam tu.
gigih la dok basuh baju, sidai baju segala.
kul 3 pagi dah ada dalam skybus kat kl sentral nun.
dan kurang lebih kul 4 pagi dah selamat sampai kat lcct.
flight kitorang kul 6.30 pagi. gagagaga.
breakfast apa semua, check in bla bla bla itu ini.
: : muka warok di pagi hari. ceh. macam la di petang hari tak warok : :
: : ini bukan gambar google. ini gambar di snap sendiri oleh saya yer : :
haaa aku ada cerita sikit masa dalam flight nie.
kitorang satu flight dengan ramaiiiiiiiiiii orang vietnam.
aku syak dorang nie kerja kat malaysia, pastu kena balik sana nak cop passport.
agaknya la.
sebab cam ramai gilaaa dan semua pun kelihatan very the village.
matikk la kalau orang vietnam baca.
savadikappp… *eh tu bahasa thailand.
ok ok teruskan.
kan dah ada seat number kat boarding pass tu kan, tapi boleh plak diorang tak nak ikut nombor tu. eventho lepas FA dah sound pun, diorang cam taknak bangun dari seat. so apa laga, cam kekecohan la dalam tu.
ujung-ujung FA pun dah naik hantu uolls. dah tinggi suara ala-ala dania dalam awan dania.
sib baik aku tak jadik FA kan. kalau tak harus awal-awal aku dah campak dorang keluar kapal terbang. hikss..
lebih kurang 3 jam setengah dalam flight, akhirnya kami pun selamat tiba di Noi Bai International Airport, Hanoi.
perbezaan waktu Hanoi dengan KL adalah 1 jam.
kira kalau kat hanoi pukul 845 pagi, kat KL lak 945 pagi. begitu.
masa sampai tu tak silap aku dalam 17 darjah celcius begitu.
sejukkkkk…
driver & tour guide pun sampai lalu bawak kami ke hotel.
lupa lak aku apa nama diorang. hu hu.
aku stay kat Hotel Hanoi Silver di tengah bandar Hanoi.
perjalanan dalam sejam lebih gitu la.
on the way ke hotel, kami stop dekat Masjid An-Nour.
satu-satunya masjid yang terdapat di hanoi.
dibina pada tahun 1890 oleh Indian traders dan diubahsuai pada 1950.
aku tak sure la hotel nie berapa star.
tapi rata-rata aku tengok hotel kat hanoi nie cam lebih kurang jer.
bangunan adalah tinggi dan kurus.
rasanya encik z ada snap bangunan contoh, nanti aku letak kat sini ek.
: : pose ala-ala majalah mangga. kau ingat kau sexy? puiii : :
boleh dikatakan bilik dia agak adnan sempit la.
muat-muat katil je kelebarannya.
kira kalau kau nak main aci ligan, memang tak dapat la.
ujung-ujung kang berdarah hidung.
terus honeymoon jadi poisonmoon kan.
ala, tapi nak bilik besar-besar pun buat apa.
kata honeymoon, pasti kau terdampar je atas katil kan.
matikkk la statement. gagagaga..
tingkap pun kecik cenonit yang belah kiri tu jer.
very the adnan sempit uolls.
: : ada tv, ada meja mekap jadi lah : :
tapi bilik air agak besar. ada bath tub lagik.
lepas berehat-rehat dalam 45 minit gitu, terus kami dibawa pergi lunch.
lunch di restoran india palace.
merasalah makan masakan india kan.
kalau kata nak pergi sendiri kat malaysia nie, memang tak dapat lah.
dah kat tempat orang, tengah lapar pulak. so zasss je la yer dok?
: : menu kami di hari itu : :
masa nak amik gambar depan restoran nie, boleh lak orang keliling dok tengok-tengok aku.
siap yang bawak motor basikal pun terteleng-teleng. apakah???
tak pernah tengok orang amik gambar depan restoran ke?? heh.
dgr ceta hanoi lg best dr saigon…
tunggu full story akak 🙂
aah la sebab hanoi ada macam2 musim. he he.
haaa tunggu episod seterusnya ek.
yang, rindu kat awk la.. blog update ke tak?
Kelakar la kak maya ni nulih….again2…waiting for next story of hanoi..:-)
errr.. kelakar ke? he he..
wahhhh besttt. pi hanoiii tue. zie gak yg sadis…lom pnah lg gi obersea…sobsobsob
nanti pas kawin ajak dillah honeymoon oversea ek.. gi bali ke.. 🙂
aku sekadar menyengetkan kepala mendengar cerita dan tengok-tengok gambo honeymoon korangla..lom penah jejak kaki oversea lagikk..sob sob sob..setakat sabah swak labuan brunei ado la..kira oversea gak kan kan kan..kat semenanjung nie over river je la..;)
.-= Nur´s last blog ..Selamat Bersara Yang Arif Dato’ Seri GSR.. =-.
nak gak la gi labuan n brunei!
tak rgheti2 nak guna motif bilik air besar tu? keh keh keh keh
tak sempat nak guna oiii he he