Victoria’s Secret dari New York

aku dapat ole-ole. yeay yeay… *shuffle
ole-ole dari new york lagi. netty yang bagi.
hari tu dia gi bercuti ke sana dengan sheena.
memula dia gi los angeles. pastu terus shoot ke new york.

bestnya la kan haii…. aku nak ke new york? boleh.. boleh.. boleh blaaaa…
nak pergi bercuti dalam malaysia pun punya la mengirai-ngirai duit.
ini kan pulak ke oversea yang beribu batu jauhnya.
takpe, takpe. kita kena berpijak di bumi yang nyata uolls.

DSCN9824

netty bagi aku mini perfume nie dengan losyen.
so pasni jangan jeles kalau aku berbau wangiiiii…
maafkanlah kejakunan aku. aterrrr sebelum nie pakai losyen safi balqis je pon.
* no offence arrr pengguna safi balqis.
ai bagi contoh diri i je. *tetiba defensive.

tengok la nie betapa gembiranya mereka bermain salji.


: : gambar dicuri dari facebook netty : :

tapi takpe. tak salah kita menyimpan hasrat kan.
mana lah tau, keajaiban berlaku.. 🙂

4 thoughts on “Victoria’s Secret dari New York

Comments are closed.