Sessi Membuka Hadiah Kahwin

DSCN9662

alhamdulillah, aku & encik z dapat banyak hadiah kahwin.
ada yang bagi masa hari kenduri, ada yang bagi sebelum kenduri.
ada yang bagi lepas kenduri.
pendek katanya sepanjang bulan januari ni memang adaa je la yang bagi hadiah.
thanks eh korang. nak sebut nama satu-satu kang ada yang tertinggal, tak syiok lak.
tapi korang tau la sapa korang kan? 😉

yang nie erin bagi. tengok siap rajinnya dia print gambar nikah aku hari tu.
eh, gambar nikah aku tak jaja lagi kat sini kan?
semua dah ada dah. dari kamera jocko, dari kamera payiet & kamera encik z.
dah ada dalam external. tapi tu la, punya la malas kedaung nak pilih belek.
dengan tak pergi cuci laginya. adoiyai..

DSCN9724

malam bukak hadiah tu, orang paling menyibuk adalah yaya & caca.
semua pun macam terkagum-kagum.
yang si caca sibuk dok tanya ‘apa nie, mommy? apa nie’?
letih lapanploh kali nak kena menjawab uolls.

dia skang tengah dok gila ngamik gambar orang.
tu yang hari tu sampai flat bateri kamera aku.
haa tengok gambar ni. babahnya tengah snap gambar, dia pun nyebok nak snap gak. heh.

DSCN9703

bila ditegur, tengok tu. main muncung-muncung bibir lak.
geget kang baru tau.

DSCN9704

tengah kitorang sibuk bukak hadiah, tengok apa dia buat kat belakang tu.
disnapnya gambar ibu dia yang tengah tidur terkangkang.
haiii caca ooo caca.

DSCN9705

antara hadiah yang diterima. dari kaktin pon pon dan zul.
kaktin, perleww ke tag harga tak cabut? *lariiiiiiikkk

DSCN9706

DSCN9712
: : kan aku dah kata. diorang yang paling sibuk : :

paling caca mengkagum adalah dengan oven ini.
muka dia cam ‘wahhhh besarnyerrrr’. begitu.
caca, mari kita berterima kasih kepada uncle yiet & uncle nikolas yer.
1,2,3 terima kasih uncle yiet & uncle nikolas!

DSCN9715

dan kami yang gembira kerana menerima banyak hadiah.

DSCN9716

haaa nak bagitau nie. ada orang sudah bagi aku hadiah kipas lipas.
eh kipas. so kalau ada sesiapa yang masih ada berniat nak bagi kipas kat aku, sila lupakan niat itu.
sila belikan hadiah yang lain ek.

ada orang berhutang hadiah lagi dengan aku nie.
saya akan tuntut!!!! heeeeeeeee…….

15 thoughts on “Sessi Membuka Hadiah Kahwin

  1. hik hik hik.. nampak nau saja nak tunjuk adiah kami yg balutannya sgt terhapa..

    owh kami pun sehingga ke hari ini masih menerima ucapan beserta hadiah. Pun tak diblog kan lagik.. eerrr perlewww ke?? ha ha ha

  2. erk… org yg berhutang hadiah dgn ko itu adalah aku….hehheheh ye..ye… akn aku tunaikan… byk beb hadiah aku utang dgn ko…. hadiah birthday & hadiah kawen…nge….nge…nge…

Comments are closed.