Selamat Tinggal Pinggan Oren!!

siapa readers aku yang setia, mesti ingat yang dulu aku selalu jaja masakan makanan aku dalam pinggan berkaler oren.
sampai jocko mencerca aku. katanya bukan aku masak, aku tapau kat mamak bawah. kejam kan?

lepas kenduri kahwin hari tu, aku dapat banyakkk hadiah.
errr.. takde la banyak sangat. tapi banyak jugak la. heee…

antara yang paling banyak aku dapat ialah set pinggan mangkuk.
mesti diorang pun simpati nengok aku guna pinggan oren tu kan.

DSCN9723

DSCN9732

DSCN9733

tapi aku dah tak ingat plak siapa yang bagi set nie.
cuma bekas air tu je, rasanya farah yang bagi. kan farah?
thanks tau. terus feel feel mat salleh nih.. 😉

ah, pada korang yang masih berhajat nak bagi hadiah kat aku, kalau boleh namo bagi set pinggan mangkuk atau bedsheet ek. sebab dah ada banyak.
sekarang nie aku mendambakan kipas tinggi atau rendah.
tak malunyerrrrrrr mintak hadiah kat orang.

ah.. ada aku kisah?

12 thoughts on “Selamat Tinggal Pinggan Oren!!

  1. cantik set pinggan tu… hehehe… that one from us with love…
    semoga korang bertambah selera makan ngan pemberian yg tak seberapa tu ek.. hehehe
    Selamat menjamu seleraaaaa…..

  2. hr tu ada gak diskas nak bg set pinggan mangkuk kat korang..tp..en z pun ckp..jgn..sbb dah byk..ktorg nak bg pun sbb tgk pinggan oren korang tu la..hehehe

  3. Maya, sudilah kiranya minum air di dalam cawan itu. Masa tgh cari gift utk korang tertancap kat set cawan dan jug kaler pinkish2 purple ala-ala english tu. terus cakap ‘oo thats the one’ sebab teringat Maya adalah pencinta pink. hihi
    .-= mama-syira´s last blog ..Radix Fried Chicken =-.

    • mesti mahal nie kan.. kena berhati2 menjaga. sbb slalu pun guna barang plastik je kan..
      sy ni dah la kadang2 terlebih ganas. he he
      anyway, thanks sangat eh

Comments are closed.