Selamat Pengantin Baru Manja…

DSCN9806

ini cerita 2 minggu yang lepas. hari yang sama aku gi gunting rambut tuh.
pergi wedding manja kat selayang sana.
baru di hari kejadian aku tau nama sebenar manja ialah julia.
selama beberapa tahun nie dok panggil manjaaaaa jer. heee…

manja adalah adik kepada abang azan, juga anak saudara kepada zamani slam.
abang azan dan kak izza adalah kawan baik sama sepakat kepada kaklong dan abang long.
dulu waktu aku muda boliau, aku selalu ikut kaklong dan abang long melepak.
manja lak ikut abang azan dan kak izza.
so terus kenal-kenalan di situ.

sampai di tempat kejadian, manusia adalah ramai terlampau.
terus kaklong, caca & aku masuk dalam rumah.
lalu caca dipaksarela bergambar berlatarbelakangkan pelamin & hantaran.

pelamin simple tapi tatapp lawa :).

DSCN9790

caca cam takde mood je masa tu. tapi idok ler dia merengek ke hapa.
cuma cam kemalas-malasan je aku nengok.

DSCN9793
: : hantaran perempuan : :

DSCN9794
: : hantaran lelaki : :

DSCN9795
: : pengantin dalam rona hitam dan putih : :

semakin lama tetamu semakin meramai. sampai takde tempat nak duduk.
so kami duduk la tunggu sampai orang mereda.
tapi nan hadooo mereda. lagi bertambahhhh ada.
kepasrahan la terpaksa. dah la perut kemain melapar.
sabar mya.. sabar…

DSCN9796
:: caca yang nak buat peace tapi tak jadi : :

orang meramai tu satu. kecoh pulak nasi dah habisss.. adoiyaiii…
memang masa tu agak kelam kabut la.
dengan takde tempat, dengan nasi habis nya.
pastu plak hujan turun membuatkan tanah melecak. huhu.
dugaan agak la untuk keluarga pengantin.

oleh sebab aku dah lapar kedaung, jadi aku amik lauk jer dulu.
meratah lauk sudahnya.
kaklong makan bubur gandum, caca lak makan buah oren.

DSCN9798

DSCN9800

DSCN9803
: : caca yang comel buat muka masam lepas makan oren : :

dan bersama pengantin.

DSCN9805

selamat pengantin baru julia & adi ! 😉

6 thoughts on “Selamat Pengantin Baru Manja…

Comments are closed.