Selamat Hari Jadi Ibu Mertuaku!

Peristiwa : Hari Jadi Ibu Mertuaku
Waktu : Sebelum Tengah Malam, 9 Januari 2010
Hidangan : KFC
Ahli Majlis : Mertua & Opah, Adik-adik Ipar
Lokasi : Segambut

DSCN9785
: : dengan kema, mak & opah. adik-adik ipar lain tengah sibuk cari tudung  untuk dipakai. aku jugak yang bertogel : :

diikuti dengan bacaan doa oleh apak mertuaku.
doa adalah panjang dan aku adalah terkebil-kebil memandang encik z.

habis doa, sambil-sambil menonton piala sumbangsih negeri sembilan menentang selangor, kami makan KFC yang melambak encik z beli.

lepas tu makan cupcakes yang comellll ini.
adik-adik ipar aku semua cam mengkagum menengok cupcakes itu. heee…

DSCN9788

cupcakes nie aku tempah dari kak pnut.
harga berpatutan, rasanya setappp dan berbaloi-baloi.
berminat? klik SINI.

DSCN9777

selamat hari jadi yang ke 51 tahun mak!
semoga panjang umur dan dikurniakan kegembiraan berpanjangan… 😉

dalam perjalanan balik, sempat encik z bertazkirah pada aku.
dan ianya berbunyi lebih kurang begini…

“Normaya, awak kena selalu ingat dalam hati yang dunia ni cuma pinjaman semata-mata. Semua yang kita ada sekarang termasuk suami, isteri, anak, ibu, bapa, rakan taulan dan harta benda juga adalah pinjaman. Kalau Allah nak tarik, sekelip mata saja.

Jadi, gunakanlah semua tu dengan sebaiknya menepati hak yang ditetapkan oleh Allah SWT. Tak lebih dan tak kurang.

Kita hormat hak orang lain, insyaAllah hak kita pun akan dihormati”

sesuatu kan tazkirah encik z tu.. hu hu hu…

7 thoughts on “Selamat Hari Jadi Ibu Mertuaku!

  1. ai pun pernah kene tazkirah camtuh bunyiknya..tp lebeh pada para 1 tuh je..makan dalam masa tuh dengo..sebak pun iyer..masih terngiang2 lagikk walaupun sudah 2 tahun berlalu ucapan itu..masuk telinga kiri tak akan kuar telinga kanan..save dalam brain..tanam dan semai dalam hati..;)

  2. alamak kenapa lah kami semacam sebak membaca tazkirah itteww??

    “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran”

Comments are closed.