Sehari Selepas Pulang Dari Hanoi

aku ada banyakkkk sangat cerita yang nak dibebelkan kat sini.
baik cerita sebelum pergi hanoi, mau pun cerita di hanoi.
semua pun terperam dalam draft. walau lambat, pasti akan aku publish jugak.
ini pasti, bukan janji.

aku sampai KL pukul 3.30 petang camtu lebih kurang hari sabtu hari tu.
sampai rumah, apa laga. membaring kan diri saja lah. letih!
tak sabar jugak nak share gambar dengan cerita kat sini!
seribu satu macam experience 😉

ini lak kisah semalam. lepas balik segambut, aku & encik z pergi the curve.
tujuan nya adalah mau menonton filem adnan sempit.
yang ramai kawan-kawan aku warwarkan, ceritanya adalah best.
so kita kena la menyokong filem tempatan. tak gitu?

dan heee… cerita ini adalah tidak mengecewakan.
shaheizy sam tu selengaaaaa je muka dia.
aku paling suka scene dia pujuk intan ladyana lepas dia jerit kat intan ‘kau diam lah!’. pastu intan merajuk, si adnan sempit ni pujuk. cam lembutnyaaaaaa..
cair derrrrr…

yana yang bawak watak wawa tu pun mencomel.
aku suka kat dia lah. lakonan dia cam manja, tapi tak mengada-ngada.
kira menjadi lah.. kita pun cam akan cakap suwitnyaaa… gitu.
so kesimpulannya, memang aku galakkan korang menonton la filem ini.
3 1/2 bintang.

dari the curve, menapak ke ikea.
encik z dapat prezen kahwin voucher ikea rm150.
tu yang kitorang gi ikea nak tengok kot-kot ada barangan menarik untuk diambil.
ada tu memang ada, tapi manusia cam meramai nauu.
sementelaah voucher nie pun valid sampai july 2010, so kami hold that thought dulu lah. later-later leh repeat datang sini dan mendapatkan barangan itu.

DSCN0119

dah puas merayap, singgah untuk merasai meatball yang lazat.
yang pun selalu diwarwarkan di dalam blog kawan-kawan.
baru-baru nie sapa ntah pergi. haaa.. nikolas. awak kan?

DSCN0120

ok cerita lain.
2 malam sudah ada aku letak status kat FB.
menerima hadiah harijadi yang tidak disangka-sangka dari encik z.
dia belikan aku netbook lenovo uolls.
heeee…. terharu plus terkejut jugakk la.
agaknya dia pun naik menyampah aku asyik dok bertenggek kat laptop dia kot.
so dia kasik satu. sukati aku la pasni nak bertenggek ke, nak bertonggeng ke atas netbook tu kan. hikss…

tapi yang penting, hadiah itu datangnya dengan kata-kata berupa amaran.
‘dah lepas nie saya tak belikan awak apa lagi dah. saya dah bangkrap nie’
heee… baiklah!
lihatlah dunia… saya sudah ada netbook sendiriiiii! *shuffle

DSCN0122
: : my lenovo atau singkatannya myvo : :

tapi aku punya celcom broadband prepaid hari tu, dah expired.
celcom encik z plak, bil sudah tidak dibayar. nangisss…
kaktin simpati la kot dengan aku, so dia kasik aku pinjam P1 W1max nih.
tapi…. ada tapi tau…
kata rumah mak penthouse. signal tak sampai oiiii… adoiyaiii…
tsktsktsk…
kalau nak online gak, kena online dari dalam myavi derrr.. adehh..

DSCN0121

tapi itu lah dia, dengan tak semena-mena, aku menerima 3 keping benda alah di bawah. dipos khas oleh kakred & abang sirman.
satu kad boleh guna 5 hari. ada 3 so maknanya aku boleh online selama 15 hari.

DSCN0114

dan yang paling penting, kelajuannya adalah sangat haibattt yer anak-anak.
adakah aku perlu menukar ke digi internet broadband? ermmm…

20 thoughts on “Sehari Selepas Pulang Dari Hanoi

  1. bestnye dpt hadiah hebat….. nge..nge…nge… aku pun blm dpt2 lg netbook ker note book ker… ape2 jua spesis ittew… erm… aku plak mau bg hadiah aper ekh….??? erm….

  2. Wahh.. happy belated birthday!! En Z tu, cakap jer camtu. Kalo orang dah sayang, ada $$ lebey jer, sure dia bagi benda lain pulak.. 😉

  3. syabas dpt netbook sdiri 🙂

    *wey mmg best adnan sempit tu..aku tgk gelak2 smp kuar air mata
    coi gelak lg kuat..
    aku suke part dlm meting room tu..uncle!!! confident jek dia jerit kan..ape dialog dia psl banana tu?? “i dont want banana fruit 2 times” (ye ke gitu??lebih kurang la) hehehe mmg kelakar

  4. ape beza notebook & netbook eh kak?
    harga lak camne?
    (walaupun boleh je google, tapi nak gak kak maya jawab.. hahahaha)

    psst: byk betul category utk entry ni.. nampak nau all-in-one.. ape2 pun, i likeee.. =D
    .-= Miza´s last blog ..#10 – Hani Tarmizi who???? =-.

    • yer yer.. mek akan cuba yang terbaik utk mendapatkan entry blog yang lebih gemilang dan terbilang

  5. akhirnya impian jadik kenyataan..dapat gak lappy kan..itu bru first prezen besday sejak jadik isteri nie..kita tunggu next year plak erk..adakah bertambah haibaaat?..wait n see 😉
    .-= Nur´s last blog ..Bercuti-cutian… =-.

Comments are closed.