Salad Udang

DSCN9828

Bahan A

– 20 ekor udang (dibuang kulit dan kepala)
– 10 gram daun ketumbar (dicincang kasar)
– 1 biji lemon diambil jusnya
– 1 sudu besar air gula
– 3 sudu besar air gula
– 3 sudu besar sos cili thai

Bahan B (untuk sayur)

– 1 labu bawang besar
– 1 biji capsicum
– 1 biji tomato
– 4 tangkai cili merah

Cara membuat

1. Rebuskan udang dengan garam dan sedikit air
Kemudian toskan
2. Hiriskan semua sayur
3. Perahkan lemon dan gaulkan dengan sos cili thai
4. Gaul rata semua bahan
5. Tuangkan sos cili thai ke dalam mangkuk sayur
6. Sedia dihidangkan

Tip

Lemon baik untuk sengal-sengal badan. Ambil 1 sudu besar jus lemon dan campurkan dengan air masak. Minum 3 kali selepas makan dan sekali sebelum tidur

Korang, aku dah ubahsuai resepi di atas ikut tekak aku yer.
Lemon tu aku ganti dengan limau nipis jer, dan aku tak letak capsicum.
Selamat mencuba!!

DSCN9832

Dipetik dari buku Senangnya Memasak Kerabu & Salad bersama Chef Hanilieza

4 thoughts on “Salad Udang

  1. sejak dua menjak nih suker benar ko buat salad ekh….. huhuhhu….. apaKAH???? nih nak tanye sikit… kat bahan A tuh…baper byk air gula nak kena guna ekh??? kompius….

  2. Ernie, apa kena mengena salad ngan soalan APAKAH?
    aku plak confius.ke soalan APAKAH itu, sama dengan keadaan ko skrg nie beb?
    jawab Mya..jawab..kekkekeke

Comments are closed.