Salad Tomato

Bahan A

– 2 biji tomato (dihiris kasar)
– 100 gram ikan bilis
– 2 biji limau kasturi (diambil jusnya)
– 1 sudu besar gula
– garam secukup rasa

Bahan B

– 1 labu bawang besar
– 3 biji cili merah
– 5 biji cili api
– 2 ulas bawang merah

DSCN9819

Cara Membuat

1. Ikan bilis digoreng garing. Kemudian toskan minyak dan ketepikan
2. Gaulkan semua bahan supaya sama rata
3. Perahkan limau dan taburkan ikan bilis goreng
4. Hidangkan bersama nasi putih

DSCN9822

Info : Warna merah tomato disebabkan oleh kandungan likopena. Likopena bertindak sebagai antioksidan. Kajian terbaru menunjukkan ia juga berfungsi sebagai antikanser (terutamanya kanser prostat).
Likopena cepat musnah di bawah pengaruh haba, oleh itu tomato lebih elok dimakan mentah.

Dipetik dari buku Senangnya Memasak Kerabu & Salad bersama Chef Hanilieza


18 thoughts on “Salad Tomato

  1. Sgt bagus perkongsian menu ini..
    Sgt mudah…dan menarik…
    Thank u kak..:-)

    • haah, ikan bilis je goreng yang. yang lain tu kita gaul je. makan sayur mentah, sungguh baik untuk kesihatan πŸ™‚

Comments are closed.