Nak Tengok Sangat Kan? Amik Nih!

aku tau mesti korang ingat gambar rambut baru aku kan.
sila lah kecewa yer. he he he.

nie pasal gambar kenduri kahwin aku hari tu lah.
menanah telinga dok dengar pertanyaan ‘mana gambar kawin, mana gambar kawin?’. yang tanya softcopy tu boleh terima lagi la.
yang tanya album tu yang tak tahan tu.
kau ingat amik gambar nie pakai filem ke, hantar kedai terus siap cuci?
tentulah nak edit custom segala. awassss ko kalau tanya pasal album lagi. heh.

ok semua gambar di bawah adalah dicuri dari facebook dan blog member-member yang attend kenduri aku hari tu.
aku jamin dan pasti takde satu pun gambar dibawah disnap guna dslr yer.
jadi harus rupa paras aku cam suramgani gitu.
ceh. diri sendiri yang kusam kabana, lagi mau salahkan kamera kan..

gambar pertama bersama payiet & nikolas.
diorang nie siap tidur 2 malam lagi kat taiping.
macam nie la namanya kawan. bersungguh-sungguh meraikan hari bahagia kawan-kawan yang lain.
dah la wish bertalu-talu, pastu datang kenduri, bagi hadiah lagi.
hadiah haibattt lak tu. haaa nanti-nanti la aku jaja kat sini.

nyah, ko sengaja tak bawak dslr kan datang rumah mek?

gambar kedua dan ketiga dicuri dari facebook kak ina & zul.
antara yang terawal jugak la hadir di hari kejadian.
tapi diorang tak dapat nak stay lama sebab ruff sudah merengek-rengek.
sebab memang kepanasan pun hari tu.
orang tua pun tak tahan panas, nie kan pulak budak yer..
awasss orang tua itu.

gambar keempat datangnya dari kamera nida.
aku rasa dia kot antara yang sampai lewat, selain masy.
sorry la eh kalau agak terkocoh-kocoh.
dengan hujannya lagi kan. so kelam kabut di situ.
coz majlis makan aku sampai 3 petang je.
so bila ada yang sampai 2.45 petang camtu, agak terkial-kial la.
tapi aku pun tak paham napa orang katering tu nak bungkus makanan cepat nauu? ada wedding tempat lain kah? mushkil mushkil..

comelnya yaya & caca dalam gambar nie kan. *tetiba..

seterusnya syana & cocoi.
aku banyak terhutang budi dengan syana nie.
dia la yang bertungkus lumus cari kan aku kanopi, baju pengantin, pelamin segala.
kira dia ala-ala wedding planner tak bertauliah aku la.
buat call sana sini. tanpa dia, mungkin korang yang datang makan bersila je la atas jalan. heee…

syana, aku luper nak wish kan bdae ko di hari kejadian..
tapi lepas tu dah wish kan? heee… ๐Ÿ˜‰

cocoi, kata orang taiping. orang taiping pun boleh sesat ke dalam taiping?
ish ish ish..

seterusnya gambar nie dicilok dari facebook yana.
yes, yana girlfriend adil. merangkap bakal adik ipar aku.
mudah-mudahan dipanjangkan hubungan mereka hingga ke jinjang pelamin.
she’s very nice girl. bersopan santun dan ringan tulang.. ๐Ÿ˜‰

dan yang terakhir sekali dari blog cek lala.
haaa gambar nie la nampak nice sikit. sebab kat luar rumah kot. heee…

mengikut kata photographer aku yang porque tu, gambar custom album siap dalam bulan depan kot.
nanti lah bila dah dapat, aku share la dengan korang kat sini.
beserta cerita ceriti sekali.. okeh??

28 thoughts on “Nak Tengok Sangat Kan? Amik Nih!

  1. saye tak letak pon gmbau kita tu kak hehe. nanti la.. dah la ade dua kepin je pon, fokus plak tu. hahahaahhah

    ai pon feliks ngapain katering tu sudah bungkus tp tak pelik sgtlah memandngkan kitorang pon smpi lmbat smpi kene perli HAHAHAHHHAHAHAHAHA

    mekasih la kakak sbb sudi bertahan pki baju pengantin menunggu ketibaan baby (tunggu ke? heeeeee)

    ps: errr kami dtg x bawak adiah, bagi duit je.. takpe kot.. hehe
    .-= Masy´s last blog ..475: Ekstraordinari Luarbiasa =-.

    • kat kamera akak ada la gambar dgn awak, tapi cam hodoh nya muka akak.
      awk ingat kan, yang caca snap tuh

  2. alhamdulillah…gambar menceritakan segalanya…teruskan tersenyum ye maya…semoga bahagia berpanjangan…jgn lupa gambaq rambut baru tau!!!:)

  3. harus aku tungkus lumus wey..kang kata aku nk sabotaj wedding ko
    hahhaaa (hanya kite jek tau)
    tu la, patut aku heret kek seketul bleh tumpang pelamin ko potong kek
    tq la ye jemput aku & coi..
    rugi tak dpt tgk ko berarak..atee kami org “jauh” :p
    .-= syana´s last blog ..Moh makan Kenny Roger ari ni ๐Ÿ™‚ =-.

    • ala takde la berarak apa pun. kata wedding sesedap tekak kan…
      tapi ko mmg byk membantu. thanks sgt syana

  4. cantik la kak
    sesuai sgt kuning tu..walaupn peminat pink ๐Ÿ™‚

    selamat pengantin baru….
    moga berkekalan ke hujung nyawa….
    ๐Ÿ™‚

  5. alaaa…. Akak.. pic tu telah diphotospace kan lerr… itu yg terang benderang.. kalo idak ia pon suramm kelam.. aterr.. bukan nyer hadoo dslr bagai… huhuu!!
    Anywayyy… akak mmg cantik dihari kejadian… kuning buat akak nampak kurus… betul!! tak tipuuu….

  6. salam maya..thanks jemput aini kenduri tu…suka la baju color gold, favorite color aini gak tu..hehe..sedap sgt mknan kenduri maya…nyum nyum licin aini n hubby makan..hahaha….

Comments are closed.