Mengandung?

korang waktu pregnant dulu kan, ada kepantangan apa-apa tak?
i mean tak boleh bau suami lah, tak boleh dengar orang goreng ikan lah, tak boleh minum susu lah (walhal sebelum pregnant kau lah ratu peminum susu)

aku waktu mengandungkan yaya dulu kan, aku ada kepantangan tak boleh jawab call. of course la handphone.
gila ko kerja office tak jawab fon office?
memang banyak call dari kawan-kawan semua aku tak jawab.
sampai cam ramai terconfuse-confuse gitu.
dah la tak jawab, tak sms balik pun jua.

bukan apa tau, every time aku jawab handphone, aku terus meloya.
tekak terus rasa cam nak uwek uwek.
kepala pening lalu merasa ingin mati (ok itu aku propa)
pendek katanya aku menyampah tengok handphone tu. boleh?

berkaitan dengan cerita di atas, minggu sudah mus datang office aku nie ha. ada urusan di LINK.
mus adalah rakan seperumahan waktu bujang trang-trang kat vista dulu.
dia cerita, dia punya kepantangan plak tak boleh nak bukak blog.
baca, apa lagi update. dia rasa menyampah dan tak kuasa.
pelik tapi benar.

Clip065

aku belum pregnant lagi. so sila berhenti bertanya-tanya ya.

18 thoughts on “Mengandung?

  1. wahhhhhh excited je masa mula2 baca tadi.. tapi ujung-ujungg… huhuhu ..

    kak maya.. baju kuning yg akak pakai masa bersanding tu.. mabeles la.. leh bagi inspirasi utk saye lak nnt.. cewahhh.. hihihi
    *bukan baju je.. akak pon mabeles gak.. 😀
    .-= adriea´s last blog ..Awal tahun baru yang sibuk =-.

  2. ai ada 2 fren yg berlainan taste masa ngandung..1st my fren…dia cakap naik nyampah tengok muka asben dier..huhh dasat..sib baek asben bykkn sabar! 2nd my fren..gile kemaruk nk rasa/nghidu kiwi pengilat kasut lelaki yang kaler itam bekas bulat tuh..huhu tattot ai..
    .-= Nur´s last blog ..Hidup Harus Diteruskan…. =-.

  3. pantang nak update blog.. tulah yg terjadi pada diri ini sekarang nie.. memang malas giler nak update blog..

    • lagu tu mmg merapu sikit kan yang. tambah lagi bila teringat saiful apek joget. eieiei koserrr

Comments are closed.