Mee Udang Mak Teh Kuala Sepetang


: : google : :

masa cuti kahwin hari tu, aku sekali lagi pergi ke kuala sepetang.
kalau dah ke kuala sepetang, apa lagi.. mau makan mee udang lah.

sementelaah encik z pun tak penah datang sini, so harus aku jaja pasal mee udang nie kan. yang terkenal dengan udang besar rumah.
lagi piula, jarak dari TLJ ke kuala sepetang nie pun bukan jauh nau.
dalam 15 minit udah sampai.

kalau dulu aku gi ke mee udang mak jah, kali nie try kat mee udang mak teh lak.
tapi takde la perbezaan nau pun rasanya.
dah kata mee udang kan. takkan nak jadi mee sotong pulak. begitu.
tapi rasanya kuah kat mee udang mak jah lagi kawww kawww..
kat mee udang mak teh nie cam tak berapa pedas kot.

DSCN9717

DSCN9719

masa nak keluar rumah tu, hujan melebat tahap terlampau.
guruh dentum berdentum, kilat sabung menyabung.
adil yang taknak follow, cam menegah jugak la kitorang nak pergi.
merisau gamaknya.
tapi alhamdulillah, hujan mereda apabila kami hampir ke destinasi.

so, korang dah try ke belum mee udang kuala sepetang nie?

5 thoughts on “Mee Udang Mak Teh Kuala Sepetang

  1. Aku dah makan banyak kali dah mee udang Mak Teh ni. Kalau di sekitar Taiping ni mee udang Mak Teh ni cukup best la bagi mereka. Kalau di Seberang Perai kesedapan mee udang Mak Teh ni tak masuk senarai la. Di sini mee udang yang best terletak di Sungai Dua (tepi sungai). Mee Pak Ngah Sungai Dua boleh tahan juga rasanya (tepi Mobil). Di Bukit Mertajam mee rebus best ialah Mee Pak Pin dekat Tanah Liat Bukit Mertajam (tepi Masjid Haji Saad resipi mee rebus original). Rata2 dah aku makan tapi yang ni paling best, Mee Ramli di Ipoh pun kalah. Nasi Kandar paling best di Penang ialah Nasi Kandar Kampung Melayu, Nasi Kandar Merlin, Nasi Kandar Tajudin dan Nasi Kandar Deen Jelutong.Nasi Kandar Line Clear tak masuk senarai sedap, orang luar Penang jer kata sedap sebab mereka tak try semua nasi kandar di Penang.

Comments are closed.