Mari Berinai

haruslah entry aku caca marba kan.
kejap entry makan, kejap entry birthday, kejap entry kahwin.
nanti kang selit lak entry hanoi. adoiyaii…
apa-apa je la ek. ko tau la, nak tulis entry nie semua pun ikut mood.
dan aku kalau boleh taknak la biar blog sepi sangat.
dah alang-alang gambar nie ada dalam draft, aku kasik publish la yor.

kejadian nie adalah 2 hari sebelum kenduri kat TLJ hari tu.
sesi mari memakai inai.
kata kenduri aku nie cam janji ado, so nan ado maknanya berinai besar ke, berinai kecik ke.
ni pun aku terpaksa guna kuasa veto suh encik z pakai inai.
hari tu masa nikah dia namo pakai. keji kan? eieiei nyampahh…

ni dah kat TLJ, harus yang ada semua sanak saudara kaum kerabat aku, harus dia terpaksa menurut perintah. padan muka ko encik z.
hari tu berlagak-lagak namo pakai kan.
matikkk la tulah menderhaka suami uolls.

DSCN9543
: : maksu bertanggungjawab memakaikan inai : :

kitorang pakai inai mekah tu. bukan yang inai daun tumbuk-tumbuk.
kata masa kesuntukan. jadi pakai je la apa yang ada depan mata.

DSCN9544

DSCN9545

DSCN9547

DSCN9548

mama tanya yaya, nak pakai inai tak?
yaya terus pandang aku. aku diam tak kata apa pun.
tapi gamaknya dia tau aku cam tak berapa nak bagi, terus dia geleng.
kesian lak tengok dia. aku cakap ‘kalau ya nak pakai, pakai la’.
dia geleng lagi. sian dia ek. cam ketakutan je bila dengan aku.
walhal aku mana ada garang nauu pun. ye la tuuuu. heee..

kat kaki pulak, inai tak cukup nak pakai seluruh jari.
makanya cuma pakai kat kuku sajorkk.
baloooon. janji ado sudehh…

DSCN9558

tak pakai lama sangat pun. dalam sejam setengah gitu kitorang dah pakat cuci.
ok la, not bad. merah jugak 😀

8 thoughts on “Mari Berinai

Comments are closed.