Makan Lewat Malam di Uptown Damansara

nie cerita hari yang sama lepas pi nonton avatar hari tu.
dah kata berdekatan area damansara, so aku ngajak encik z ke uptown untuk makan lewat malam.
makan lewat malam peginya kan. ok marilah cintai bahasa kita.

lamanya rasa tak makan kueyteow di sini.
kemudian dalam kepala dah set nak order lala dan omelette udang.
berserta lychee shake yang walla walla bom bom pow.

aku saja set kan gambar nie semua besar besar rumah.
biar korang terliur. tapi entry nie pun keluar lepas lunch, so takde la sesapa menggelupur ye dok. melainkan kau tak lunch tadi la.
nasib nasib.

lychee shake nie memang perfecto.
tapi tak sesuwey untuk si penghidap kencing manis.

DSCN9482

kueyteow goreng nie dah tak semantap dulu ar.
dulu nyer cam lagi marvellous. aku syak tukang masak dulu sudah pencen. lalu diganti dengan tukang masak yang baru.

DSCN9480

kemudian lala masak-apa-ntah.
dan omelette udang.

encik z adalah pot pet dengan omelette udang ini.
sebab dedua pun cost us RM20.
katanya takat telur dengan udang, kat rumah pun leh masak.
hohoh.
tapi sebab sangat sedap, so harga itu diampunkan.
walau begitu, nanti 1 fine day akan aku cuba masak omelette udang ini di rumah.

DSCN9477

DSCN9479

encik z yang berperut raksaksa up order otak-otak ini.
eh silap, bukan encik z yang order.
tapi diorang yang letak atas meja, so terus kasik ngapp kami berdua.

DSCN9484

tengah sesedap makan tu, nampak segerombolan artis datang.
oh.. team sehati berdansa rupanya.
ada isma, zul, dira, ash, mirna, nora, sein, nana (sukaaaa), ismadi & anita.
aku nak tegur ismadi tu, tapi cam segan baitu.
keluarga beliau adalah kami pernah berjiran masa aku kecik-kecik dulu kat singapore.

tapi aku tak kenal sangat ismadi itu kerana ketika itu beliau sudah remaja manakala aku masih lagi kanak-kanak yang comel.
tapi aku berkawan baik dengan adik-adiknya izhar & halil.
dah lepas blah tu, rasa kesal lak tak tegur. hu hu..

bin, ingat lagi kan abang izhar aka angah dan halil?
kalau tak ingat, memang sesuatu… kata cinta monyet kan. hikss..

13 thoughts on “Makan Lewat Malam di Uptown Damansara

  1. hiihiihi…takkan bin lupa diaorang semua tu….lagi2 abg ngah kan .. sbb dia je lah yang sudi nak melayan karenah kanak2 comel macam kita kan…hahahaha.. 😛
    .-= suria´s last blog ..Duhai si pari-pari =-.

  2. sedapnya omelette udang tuh..udang byk gak tuh tuh pasal mahal kut..awatnya rupa kaler otak2 tuh camtuh erk dah kerupa kaler merah plak..bukan ker kaler cam oren2 sket dok? tang lychee shake nie mmg ler feveret ai..tp penah seketika dolu kt kg baru order air nie..nk ngoder air jenis nie..bantai nye dema hok dok tahu rupa air tuh..eiii..geramm jer rasa nk aku ‘shake’ kt situ n letak lychee sebelah aku..eii hangin tuiii..nyudahnya sampai skg buat sendirik kt umah jerrr..lagik malatop!;)
    .-= Nur´s last blog ..Hidup Harus Diteruskan…. =-.

  3. ish masuk blog akk nie,
    ada pasal mkn pulak,
    ini blh membuatkan nafsu mkn wanie dtg,
    wakakakakakaka
    (maklumlah wanie skg on diet)

    azam 2010:)

    hihihihi…

    apapun semuanya nampak sedap woooo
    .-= cik wanie´s last blog ..Konsep 1 Malaysia…. =-.

Comments are closed.