hari ahad lepas aku pergi seremban.
sempena majlis sambut menantu nida & jef.
alerr, kira-kiranya majlis kenduri kahwin sebelah jef pulak la.
hari tu kan sebelah nida, di parit buntar sana.
sangat baik bukan saya ini? kedua-dua belah pun saya pergi.
nida, sila memuji saya. :p
dan dengan tak semena-mena, aku telah dilantik menjadi pengapit.
bidan terjun uolls. dah la kena pakai baju biru.
mana lak mak nak cekau baju biru.
baju kurung aku semua pun banyak pink purple jer.
nasib baik kaktin ada. terima kasih kak tin.
kamulah penyelamat saya. heee…
sampai kat tempat kejadian, terus la melilau cari pengantin.
tak payah tunggu lama, terus siap-siapan nak berarak sana.
: : bergurau senda : :
: : inilah antara tugas seorang si pengkapit : :
cam sedondon je baju aku dengan pengkapit jejaka kan.
heee.. sib baik aku tanya dulu kat nida, nak pakai biru tua ke, biru muda.
hikss..
oh yer, baju nida adalah sangat cantikkkkk….
sukerrrr…. jeles lah. aku dulu baju menyewa saja.
harus lusuh di sana sini. nangisss…
nie encik z la punya pasal ni. semua last minute.
tetiba salahkan encik z. motifff??
mak encik jef : nanti kamu bawak masuk pengantin. jalan terus. duduk salam-salam yo kojap. lepaih tu nanti kamu bawak pengantin po’i makan. bla bla bla bla..
aku : baik yo makcik. den ikut perintah yo
dari rumah persinggahan, berarak ke rumah keluarga jef.
dekat je pun. beberapa tapak dah sampai.
pastu duduk sekejap di pelaminan, bergambar dan bersalam-salaman.
dah bersalaman segala, terus menuju ke meja makan.
yer, saya adalah kelaparan kedaung ketika ini.
kira agak-agak dah selesai tugas sebagai pengkapit, aku pun panggil la encik z bersama together bergambar.
sian laki mak berpeluh-peluh seorang diri.
masa tengah sibuk-sibuk jadi pengkapit tu, nampak kroll sekeluarga tiba.
lamanyaaaa tak jumpa dia nie.
tapi tak sempat pun nak borak lama.
aterrr kat kenduri kan. dengan panasnya, dengan anak-anaknya.
takpela, 1 fine day ada masa leh la lepak-lepak lagi dengan suasana yang lebih selesa gitu.
aku macam cacat kan dalam gambar bawah nie?
dah la kerusi tu tak stabil. tengah-tengah antara jalanraya dengan pasir.
nasib baik tak tersungkur uolls.
kalau tak, hilang melertzzz ai.
jumpa zamz jugak. dia dah pregnant 9 bulan.
kira ala-ala tunggu hari je la nie. tapi perutnya adalah mencomel.
tak nampak macam 9 bulan pun. macam 5 bulan ada la.
dan tetiba aku rasa muka aku dengan dia cam beriras pulak dalam gambar ni.
heeee…
otw nak balik tu, terserempak plak dengan kak ima sekeluarga.
memang rejeki kita nak berjumpa la kan kak hari tu?
kroll & kak ima, thanks bagi hadiah kahwin itu. susah-susah jer.. 😉
dan buat nida & jef. ini ucapan yang ke lapan belas ratus.
selamat pengantin baru!!! 😀
hai.. u look Blue.. ! welcome back MYA.. update HANOI pls…
jarang tau i pakai blue. :p
hanoi? errr errr… baiklah akan dicuba pantaskan mengupdate nya. sabar yaaa
ala.. bestnya jumpa kawan-kawan…. teringat masa kenduri Zam yang kita jumpa reramai tu… best sangat….
haaa kan. paling meriah skalik. mungkin sebab kat PD kot.
semua pun cam nak mengimbau kenangan gitu 🙂
– Terima kasih kerana hadir di semua kejadian kenduri saya..
– Terima kasih kerana sudi jadi pengkapit saya walaupun terpaksa mempinjam baju Kak Tin. Atterrr hangpa kan pengkapit yang kelllaaasss.. Tambah la rambut baru..
– Terima kasih juga kerana mempuji baju saya itteewww… pesanan untuk diri sendiri, sila kawal tumbesaran badan agar baju nikah dan baju sanding sentiasa boleh muat dipakai..
Dan untuk kali ke doploh lapan ratus ribu.. (hahaha nak gak lebih)
Terima kasih segalanya
sama-sama kasih sahabat konsisten kuuuuu
nida selamat pengantin baru!!!
ku kirimkan baju pengganti diri..eh boleh gitu???
laa mmg sedondon laaa..just nice jer dlm pic…
.-= TiNiE´s last blog ..lunch dgn adiktiriboboys di tcrs =-.
tuan tak dapat sampai. baju sampai pun jadilah.. he he
tengok pic pengapit tuh..sapa payung sapa nie erk..hehehe..sila salahkan payung sbb ianya sesaiz besau..bukan salah pengapit.. 😉
.-= Nur´s last blog ..Bercuti-cutian… =-.
yer yer
Sib baik ada rezeki kita jumpa. Kalu awal lagi sure lagi best.. heheh.. ye.. selamat pengantin baru tuk mya ngan nida gak..
tq kakak!
ambut bru nmpk..comei r sis hehe
hikss.. malu ai :p