Kerabu Sotong

DSCN9887

Bahan-bahan :

– 500 gram sotong (dibuang kulit dan dihiris kecil)
– 6 biji limau kasturi
– 2 sudu kecil kicap cair
– 1 pokok daun ketumbar
– 1 labu bawang besar
– 5 biji cili api
– 3 biji cili merah
– 2 kuntum bunga kantan
– 2 biji buah tomato
– 1 batang timun bersaiz kecil
– sedikit suhun (direndam dengan air panas & toskan)
– garam secukup rasa

Cara membuat :

1. Celurkan sotong beberapa minit di dalam kuali dengan sedikit air
Kemudian toskan.
2. Hiris kasar daun ketumbar
3. Hiriskan bawang, cili merah, cili api, bunga kantan & tomato
4. Timun disagat ataupun diracik halus
5. Gaulkan semua bahan dan hidangkan

DSCN9893

Tip

Boleh tambahkan kacang goreng yang ditumbuk bagi menjadikan kerabu lebih sedap.

Dipetik dari buku Senangnya Memasak Kerabu & Salad bersama Chef Hanilieza

2 thoughts on “Kerabu Sotong

Comments are closed.