Ke Thai Fair Lagi

semalam saya dan suami pergi thai fair.
alah dekat je pun dengan rumah saya. kira sebelum sampai ke rumah, akan bertembung dengan kawasan ini dulu.

sebelum tu kan, saya dah berjanji dengan suami mau ke pasar malam.
kiranya malam tadi punya dinner sepatutnya adalah juadah dari pasar malam.

tapi, ketika myavi menghampiri kawasan thai fair, saya telah bersuara.
‘encik z, boleh tak kita stop kejap dekat sini. ada orang kirim barang lah’
dia pun berkata ‘ok’ lalu memusingkan stering memasuki kawasan kejadian.

rupa-rupanya saya mempunyai agenda lain.
saya telah menjenguk-jenguk ke tempat jualan makanan.
lalu berbisik-bisik dengan diri sendiri.
itu adalah strategi saya. sebenarnya saya nak makan tomyam!!!

saya sebenarnya dah banyak kali ajak dia makan tomyam kat sini, tapi dia namo berhenti.
dia tu makanan pelik-pelik sikit memang tak makan.
dan saya saspek dia adalah kurang berkenan dengan tomyam di sini barangkali.

saya rasa dia adalah simpati dengan saya, lalu dia bersuara ‘normaya, kalau awak nak makan tomyam, makanlah. nanti saya tapau KFC je. tak payah pergi pasar malam’

wah, seperti orang mengantuk disorongkan bantal.
terus saya berlari ke arah tempat makanan lalu dengan gelojoh mengorder 3 hidangan. heeee…

cuba lihat mangga itu. sungguh debab dan montel bukan.

DSCN9994

saya yang mencomot tapi tatapp mau makan tomyam.
*saya tidak tau apakah relevannya.

DSCN9995

3 hidangan yang saya ambil ialah tomyam bihun, kerabu mangga & mango rice.
semuanya setappp sehingga saya rasa ingin pitam.
pedas tak usah cerita lah kan. air mata, air hidung semua keluar.

DSCN0003

saya yang masih mencomot. jemput makan anak-anak.

DSCN0002

lepas makan, baru saya pergi beli barang yang officemate saya pesan.
eh, memang betul la ada orang kirim barang.
apa korang ingat saya propah suami saya kah? eh not good ok.

DSCN0004

saya tak pasti la bila thai fair nie berakhir.
tapi sesiapa yang duduk berdekatan area nie, boleh la pergi menjenguk.
dari mcdonalds jalan pahang ——> courts mammoth ——-> terus je.
thai fair nie sebelah kiri jalan.

baju murah-murah tau! selamat shopping dan selamat makan! 😉

18 thoughts on “Ke Thai Fair Lagi

  1. maya, hope map yg u bagi ni membantu… adik i mengidam nak makan kat thai fair ni… malam ni mau zass ke sana, we olls dari shah alam… gigih asal dapat makanan asli thai… yummmyyyy…

    • tempat yg sama. cuma diorang cam tutup bukak, tutup bukak ikut jadual la aku rasa.

      p/s : wpun aku nie semua makanan pun aku bedal kann

Comments are closed.