Ke Bukit Tinggi, Pahang

Friday, 3:00 pm

dari bukit fraser, encik z lalu jalan mana ntah nak turun.
sebab memula nya kami plan nak terus shoot ke tasik chini sana.
tapi dah petang gitu, tetiba rasa kesian lak nengok encik z memandu.
nak ke arah pekan sana pulak kan.
nak harap aku drive? errrr… masuk kereta dah terkangkang membuta.
bagaimana laa…

so plan kasik tukar. encik z cadangkan ke bukit tinggi.
sementelaah adalah satu jalan untuk pulang jua, jadi kami ke sana saja.

kata cuti krismas, so manusia harus melaut.
takde apa aktiviti nau pun kat sini. kami berjalan-jalan berpegangan tangan saja.
motif nak bagitau pegang tangan?????

DSCN9439

DSCN9448
: : aku yang paksa encik pose gini. poyo kan? : :

masuk dalam sini kena bayar RM10 tau.
sekali parking dan sekalian kau boleh pergi japanese village sana.
tapi kena tunggu shuttle.

shuttle nya tak terurus la uolls. cam takde tempat proper untuk beratur.
dah la panas-panas terik menunggu.
ujung-ujung orang potong q sesedap tekak.
so nak taknak, kau memang kena berebut je la.
kepada pengurusan bukit tinggi, sila ambil maklum yer.
uruskan shuttle nie supaya pengunjung lebih selesa gitu.

DSCN9451

DSCN9455

sampai sini kau kena menapak la nak jalan-jalan.
keliling dikelilingi pokok pokok dan daunan merimbun menghijau.
rasa segar dan nyaman gitu.

DSCN9456

DSCN9458

aku memula cam pelik, apa ke ramai nau orang kat rumah belakang tu.
dan bila dihampiri, takde apa yang menarik pun.
cuma cam ala-ala replika rumah jepun je.
manusia melaut, jadi adalah tak koserr nak bersesak-sesak bergambar.

DSCN9463

pergi tempat sejuk, tapi makan aiskrim. apakah??
alaaa.. tapi bukit tinggi nie takde la sejuk mana pun.
aku nengok semua orang cam berebut-rebut je beli aiskrim.
nak la jugak aku pun. walaupun harga aiskrim nya mencanak kemain.

DSCN9464

yang belakang aku tu dipanggil rumah jepun.
disini kau boleh sewa baju kimono dengan harga RM20 dan lepas tu boleh bergambar.
ataupun bayar RM28 untuk japanese tea ceremony.

DSCN9467

DSCN9468

dari situ kami buat pusingan. kira cam ala-ala tawaf la.

ada botanical garden.  tapi aku adalah tidak kuasa nak jalan sampai ke bawah. penat dan semput.
lalu mengambil keputusan terus pergi tunggu shuttle.

DSCN9470

DSCN9472
: : warok seperti ju-on : :

sekali lagi kena rebut-rebutan jika nak naik shuttle.
kalau bawak budak kecik, memang hazabbb la ko.

demikianlah kisah honeymoon aku dan encik z yang tak seberapa.
tapi aku akan pastikan kami ke tempat lain pula untuk honeymoon.
kali nie honeymoon yang lebih proper dengan perancangan dan persiapan awal.
air asia… tungguuuu… aku cabar kauuuuuu….

This entry was posted in Bukit Tinggi, Honeymoon. Bookmark the permalink.


20 Responses to Ke Bukit Tinggi, Pahang

  1. Masy says:

    warok tu ape kak? rasa ingin tahu ni
    .-= Masy´s last blog ..473: Red Riding Hood =-.

  2. Sham says:

    Perut En Z yang makin muncit

  3. yuzz9071 says:

    hye kakmya g sana ngak ke…

    x jumpa pun…

    yuzz pun pergi on the same day…..

  4. yuzz9071 says:

    eh silap…yuzz pergi 1/1/2010. hehe

  5. Nur says:

    ha’ah la mya..pic ke-2 nampak poyo je..aku golak2 sensorang depan pc nenguknye..redha jer la en z kene paksa-paksa wat pose sebegitu rupa kan..tp kan cara pandangan en z tuh menyimpul 1001 makna gitu..wahhhh jiwang karat aku! hehehe ;) .-= Nur´s last blog ..Suka suki hati ko ye….hangin tui aku! =-.

  6. Erin says:

    penah gak pi sini dulu..ingatkan sejuk ala2 cameron..sekali tak pun…
    view kat situ je la yg ala2 english gitu he he…
    tp takde menda la kat situ kan mya…
    nak carik makan pun payah…harapkan makan kat hotel2 jelah..tak taulah skrang kan kot2 dah byk bukak stall…

  7. odhero says:

    Huhu Kak Maya… bg tau pegang tangan pun xpe sbb dah berpunya… inai pun masih merah lagi kan… Jgn mcm org lain Kak Maya… Hehehe opssss
    .-= odhero´s last blog ..Langkawi Here I Come… Part 1 =-.

  8. Payiet82 says:

    Gambar kedua cam poster filem kekdahnya, tajoknya “ko nak ngorat aku?” kannnn
    .-= Payiet82´s last blog ..Mille Fois Merci Monsieur! (makasih incik in french) =-.

  9. betkan pi bukit tinggi.. akak tak pakai ke kimono tu?? hehe.. :D .-= rabiatul adawiyah´s last blog ..EVANY Sandals for RM 20! Awesome! =-.

  10. eja syed says:

    salam

    maya bole tahu kat atas sane ape yg menarik yer n makanan ape yg best…..
    (bole email sy…winking

    Thanks…

  11. Filzah says:

    hai..nak tanya skit…macamana nak p bukit tinggi? bukit tinggi kat pahang area mana ek? klu dari KL nak ke bukit tinggi berapa jam ek?
    terima kasih…happy

    • mya says:

      nak ke bukit tinggi lalu jalan menghala ke genting highlands.
      cumanya ke genting belah kanan.. bukit tinggi belah kiri..
      nak cakap pahang area mana tak reti la plak..
      dalam sejam setengah dari KL rasanya boleh sampai