Hantaran Pertunangan – From Him To Her

sebenarnya aku sengaja je buat entry bertulisan skema pada semua entry tunang aku tuh. ingatkan kot takde sapa perasan.
tapi masy udah menegur. awak memang peka kan baby? heeee..

tapi memang merasa letih la buat tulisan skema cenggitu.
it’s not that aku tak menghormati bloggers yang tulis style begitu.
cuma mungkin aku macam memaksa diri sikit kot.
ok la, back to me yang asal.
kita sambung dengan cerita hantaran pulak yer.

hantaran dari encik z ada 5 dulang semuanya.
dan sepatutnya aku berbalas 7 la. tapi ujung-ujung cam jadi berbelas-belas pulak. hohoh.

sebelum tu, alas dulang adalah disponsor oleh pida.
dibeli di arab saudi sana. sponsor aka dipinjamkan.
thanks babe! takde ko, agaknya encik z guna sapu tangan je kot buat alas. :p

hantaran pertama adalah cincin tunang. dibeli di wah chan sana.
tak ler mahal macam cincin korang. tapi tatappp aku syukur alhamdulilah.
pastu encik z bawak gak duit hantaran sebanyak 2ribu.
lagi 4ribu sebelum kenduri baru kasik.
yer anak-anak, hantaran perkahwinan aku ialah 6ribu.
kenapa? ada masak elah kah? janda tak boleh demand kah?

IMG_1893

IMG_1892
: : close up cincin : :

hantaran kedua ialah gula-gula dan coklat.
diletak dalam bekas bakul mini mengkuang.

IMG_1888

hantaran ketiga ialah buah-buahan.
diletak dalam bakul yang dibeli di nilai 3.

KakNgah 351

hantaran keempat ialah tepak sireh.
yang of coz mengandungi sireh.
lupa plak nak snap isi kandungan. ah, abaikan.

KakNgah 352

dan hantaran yang terakhir ialah telekung.
diimport khas dari bandung, indonesia nih.
aku kirim kat netty masa dia pi bercuti kat sana.

KakNgah 345

dan itulah dia 5 dulang hantaran dari encik z kepada aku.
very the simple and minimalis kan?

KakNgah 344

2 thoughts on “Hantaran Pertunangan – From Him To Her

Comments are closed.