Digi Internet Pimp My Day Challenge

DigiPimpPoster21

ini cerita yang berminggu-minggu sudah lamanya.
biasalah aku nie. kata je nak jadi blogger tegar, tapi kemalasan kedaung.
adoiyaii…
tapi takpela, lambat lambat pun aku update jugak ye dok?
ok la dari takde. bak kata rashid sibir.

berminggu-minggu yang lepas, aku joint ini Digi Internet Pimp My Day.
cam biasa lah, idola aku tu yang ngajak. kak red aka redmummy.
aku yang sokmo sentiasa on je kalau takde halangan.

benda alah nie kira-kira macam treasure hunt la gitu.
sekalian dengan aku ialah abang sirman dan wan.
wan yang famous dengan blog gossip artisnya itu.

kakred suruh pakai baju kuning. gigih la aku pi mencari kat sogo sana.
beli yang murah-murah sudah. aku kan kudukut punya orang. heee….

DSCN9745

di petang hari kejadian, berjumpa lah dengan ahlil kumpulan semua.
tempat kejadian adalah di mardigras, one utama sana.
grup kami diberi tajuk Red Nara yer anak-anak.

DSCN9751

IMG_3639

: : mya, redmummy, reddaddy, beautifulnara : :

DSCN9754

dalam ramai-ramai umat manusia dalam itu tempat kejadian, aku sudah terjumpa dengan ini perempuan.
kira aku memang cam la dia nie.
tapi nak kejar mengejar tu cam agak payah la, sebab dengan bisingnya, dengan pack nya. tapi dia datang ke arah tempat aku dengan kakred.
so dapat la bersua berkenalan gitu.
nak berbual mesra tak sempat ek babe?
yang penting dia dengan team dia berpakaian rawk sangat!
sporting habish..

semua sekali ada 8 cabaran yang perlu diselesaikan.
bersiap sedia semua!

DSCN9755

cabaran pertama ialah DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with Nokia Studio – Now, the net lives on your phone!.

kena nonton youtube dalam handphone Nokia, pastu kena selesaikan misteri dalam itu youtube. misteri katanya.
ada dia bagi soalan cam teka teki gitu la.
yang penting, aku yang menyumbang kepada jawapan!
yeay… suka lahhhh….

IMG_3643

cabaran kedua pula ialah DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with Rainforest – Bulls eye!

kena menyumpit uolls. semua kena amik bahagian.
tak boleh ngelat aci. haruslah sumpitan aku ke laut.

IMG_3657

cabaran ketiga ialah DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with Swatch – Lights, Camera, ACTION!!

IMG_3674

kena buat short video. pastu kena upload kat facebook.
agak mencomel la kitorang wat commercial nih.
lawak jugak abang sirman dengan broadband cap ayamnya.
aku tak reti nak letak video kat sini, korang tengok la kat blog kakred ek?

cabaran keempat.  DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with Digimusic.com.my.

kena create kitorang punya own playlist kat digimusic.com.my
sap sap soii je wan dengan abang sirman buat.

digi067

cabaran kelima.  DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with Quicksilver – SuperModel You!

masuk dalam butik quicksilver, rembat baju yang dah disediakan.
pastu kena pose pose cantik, amik gambar lalu diupload ke dalam facebook.
memang banyak cabaran ko kena amik gambar video segala, pastu upload kat facebook, kena tag segala.
gitu la. diorang yang uruskan. aku ni follow jer derrr…

digi077

cabaran ke enam DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with MardiGras – So you think you can dance?

pole dancing tapi kena buat cara athletic.
kakred punya idea la nie suruh panjat bahu si wan.

ko ok la kak panjat bahu laki sendiri. aku nie?
apa khabar la agaknya si wan tu. jangan la patah lak bahu anak orang.
kang tetiba aku kena saman, naya jer.

yang nie pun ada video gak. terkangkang-kangkang aku nak manjat bahu si wan.
pastu cam gayatttttt….
video korang tengok kat blog kakred atau klik je link ni.

DSCN9761

cabaran ketujuh ialah DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with Celebrity Fitness – Average Likely Speed

ni yang paling hazabbb uolls. berpeluh keti.
kena lari atas treadmill ni lebih kurang 20 minit gak rasanya.
ada la speed segala tapi aku tak ingat dah.
nangiss… sampai sakit-sakit kepala kepenatan. adoiyaii..

DSCN9763

dan yang terakhir sekali ialah DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with It’s a Hit!- It s a Home run!

tapi kitorang tak sempat buat nie sebab kesuntukan masa.
kang lambat sangat, kena penalti gak. tu yang terpaksa skip.
tapi dia kira ala-ala cam bermain rounders gitu.
bola datang, pastu ko pukul. nanti dapat point. begitulah.

walaupun tidak menerima apa-apa kemenangan, tapi kami tatap enjoice.
to the max!!!

terima kasih nuffnang & digi untuk pengalaman ini…

diakhiri dengan wajah bos besar nuffnang.
haaa kau yang dok sibuk letak nuffnang kat blog tu, nie lah bos besarnya yer.
yang bertanggungjawab iklan keluar masuk kat blog kau.
dan memastikan kau menerima cheque tepat pada masa dan ketikanya.
Mr Tim dan buah hatinya, Miss Aud 😀

DSCN9771

– TAMAT-

2 thoughts on “Digi Internet Pimp My Day Challenge

Comments are closed.